KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan terus mengadakan sesi libat urus bagi mencari penyelesaian menang-menang untuk semua susulan pengumuman harga minyak masak sawit akan diturunkan secara berperingkat.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu terutamanya untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil sawit terpelihara.
Katanya kementerian komited untuk memastikan industri sawit kekal sebagai sektor komoditi terbesar dan terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Justeru itu, katanya KPPK menyambut baik mengumuman penurunan harga minyak masak sawit secara berperingkat yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa semalam berkata pihak industri minyak masak sawit secara prinsip bersetuju membuat pelarasan bagi menurunkan harga minyak masak berasaskan harga pasaran minyak sawit semasa.
Zuraida berkata sebelum ini, KPPK telah mengadakan beberapa siri dialog bersama pemain industri minyak masak sawit untuk mencari penyelesaian menangani isu kenaikan harga barang keperluan ini, tanpa menjejaskan daya saing sektor ini.
"Pihak industri telah memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan dalam hal ini, berasaskan semangat Keluarga Malaysia," katanya.
Beliau berkata peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) telah menyebabkan harga produk minyak sawit termasuk minyak masak meningkat dengan ketara di pasaran tempatan berikutan pengeluaran MSM yang rendah dan peningkatan harga minyak kacang soya.
Harga produk sawit turut dipengaruhi oleh peningkatan harga minyak mentah Brent dan prestasi eksport minyak sawit yang kukuh di pasaran utama.
"Harga minyak sawit mula menunjukkan trend peningkatan yang ketara bermula pada pertengahan tahun 2020 dan telah beberapa kali memecahkan rekod harga tertinggi dalam sejarah industri sawit negara pada Januari 2021 hingga Mei 2022," jelasnya.
Kerajaan telah mengimbangi kenaikan harga menerusi subsidi kepada 60,000 tan atau 60 juta paket polibeg satu kilogram bagi menampung keperluan pengguna tempatan, terutamanya golongan B40.
Harga minyak masak paket bersubsidi untuk pengguna tempatan ditetapkan pada RM2.50 sekilogram, berbanding harga pasaran sebenar sekitar RM6.00 sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Datuk Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu terutamanya untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil sawit terpelihara. - Gambar fail

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

870 peket minyak masak disita, simpan melebihi had ditetapkan
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 petang setelah menerima aduan awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan minyak masak peket secara borong.

Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai.

KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.

PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand
Sebanyak 13,000 kilogram (kg) gula untuk diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kulim Wakaf Bharu, Tumpat semalam.

Peniaga sorok minyak peket, enggan jual kepada pengguna
Puluhan kotak minyak masak peket disorokkan dalam stor penyimpanan sebuah kedai di Jalan Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri.

Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000
Seorang peniaga barangan runcit didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam atas pertuduhan menjual minyak masak melebihi harga kawalan.

Polis Marin rekod lebih 1,000 kes seludup barang kawalan di seluruh negara
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan 1,336 kes penyeludupan barang kawalan bagi tempoh 2022 hingga September lepas di seluruh negara.

KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula
Pemeriksaan terhadap sebuah kereta menemukan barangan bersubsidi berkenaan yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.