KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan terhadap penggunaan minyak masak paket bersubsidi oleh peniaga bukan perkara mudah kerana kerajaan perlu mempertimbang pelbagai perkara sebelum mengambil tindakan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam hantaran di Facebook dan Twitter rasmi beliau hari ini, Perdana Menteri berkata ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh 'Makcik Goreng Pisang.'
"Sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi itu adalah untuk kegunaan domestik bukan komersial.
"Namun apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket," menurut Perdana Menteri dalam hantaran itu.
"Tetapi kerajaan tidak berdiam diri. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini," katanya.
Terdahulu di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan kerajaan dalam menangani ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan kaya, Ismail Sabri berkata minyak masak paket adalah untuk kegunaan domestik tetapi terdapat peniaga termasuk peniaga kecil yang turut menggunakannya.
"Satu lagi yang agak sukar kita nak kawal dan pengawal minyak (masak) ini pun tidak akan sampai hati nak ambil tindakan (terhadap) makcik-makcik yang jual goreng pisang. Mereka tidak boleh menggunakan minyak masak (subsidi) untuk kegunaan jual goreng pisang kerana minyak ini tidak boleh (digunakan) untuk komersial. Jadi salah.
"Tetapi adakah penguatkuasa nak saman makcik tukang masak ini atau rampas minyak masak ini? Nanti dituduh pula kita zalim kepada rakyat yang nak menjual, kais pagi makan pagi ini," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus berusaha menangani isu penyelewengan minyak masak termasuk mengaudit pengilang dan mengawal sempadan.
"Mereka yang paling senang menyeleweng iaitu 'repackers' atau pembungkus minyak. Mereka diberi kebenaran untuk membungkus satu tan minyak masak, contohnya, ke mana minyak masak itu dihantar. Jadi kita akan dapatkan butiran kilang-kilang tersebut, siapa penerima minyak masak tersebut.
"Yang kedua, sempadan. Penyeludupan barangan ini dari segi keutamaan jatuh ke nombor lima dan keenam. Nombor satu penyeludupan dadah diikuti penyeludupan senjata, penyeludupan manusia dan sebagainya.
"Tetapi setelah berlaku penyelewengan yang begitu teruk, banyak minyak yang dijual ke Thailand dan sebagainya, kita telah keluarkan arahan supaya bukan sahaja penguat kuasa KPDNHEP yang ditugaskan untuk mengawal penyelewangan ini tetapi pihak polis dan tentera juga akan terlibat dari segi pengawalan supaya minyak ini tidak diseludup ke negara lain," katanya.
Menyentuh mengenai harga ayam dan telur, Ismail Sabri dalam hantaran di Facebook rasminya berkata intervensi kerajaan menunjukkan kejayaan kerana bekalan ayam kini stabil dan harga dapat dikurangkan.
"Telur masih diberi subsidi sebanyak 3 sen baru-baru ini. Mulai 1 Julai, harga ayam dikurangkan 20 sen dari segi subsidi dan kesan daripada tindakan kerajaan hari ini, harga ayam dan bekalan ayam sudah stabil.
"Walaupun kita tetapkan harga kawalan RM9.40 tetapi purata nasional harga ayam pada 9 Julai telah menurun kepada RM9.22 dan negeri Pahang merekodkan harga terendah iaitu RM8.95," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Perdana Menteri berkata ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh 'Makcik Goreng Pisang'. - Gambar/ Bernama

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Minyak masak Thailand mahal, status halal diragui punca seludup berlarutan
Harga minyak masak di Thailand yang mahal berbanding minyak masak bersubsidi di negara ini dipercayai punca kegiatan penyeludupan bahan itu masih berlarutan.

Minyak masak peket subsidi Malaysia dijual RM5 sepeket di Tak Bai
Minyak masak peket bersubsidi dari negara ini didakwa masih dijual di kedai-kedai di tepi sungai Golok di Tak Bai, Thailand.

Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu
Premis makanan di Alor Hajah berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.

AGC tolak representasi anak bekas menteri
AGC menolak representasi yang dikemukakan oleh anak kepada bekas menteri berhubung pertuduhan penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi dihadapinya tahun lalu.

Keputusan representasi anak bekas menteri diketahui 20 September
Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 20 September depan untuk keputusan representasi yang dikemukakan dua bekas pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri.

Minyak masak subsidi: Kerajaan pertimbang pelbagai perkara sebelum laksana penguatkuasaan - PM
Perdana Menteri berkata ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh 'Makcik Goreng Pisang.'

Gantung operasi, tarik lesen pengilang seludup minyak masak subsidi ke Thailand
Pengilang pembungkusan minyak masak bersubsidi bakal berdepan tindakan digantung operasi dan lesen ditarik balik jika didapati menyeludup bekalan itu ke negara jiran.

Campur minyak masak subsidi dengan 'minyak sembahyang' untuk kaut untung
Suspek berusia 50-an ditahan ketika serbuan di rumah teres di Taman Seri Murni, Sungai Dua, di sini, tengah hari tadi.