ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan kerajaan mengenal pasti golongan yang bakal menerima sistem kupon bagi minyak masak subsidi polibeg satu kilogram (1kg).
Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, cadangan kerajaan mengenai pemberian minyak masak peket secara sistem kupon adalah langkah yang baik dalam memastikan subsidi ini diberi secara bersasar.
Beliau berkata, langkah itu dilihat mampu memastikan minyak masak sampai ke pengguna dan industri kecil dan sederhana (IKS) memerlukan serta mengelak ketirisan minyak masak itu diseludup ke negara luar.
"Bagaimanapun, Cake khuatir mengenai beberapa perkara seperti sistem pemberian kupon, penerima kupon dan kaedah pemberian kupon minyak masak peket itu.
"Jadi, Cake mencadangkan kerajaan mengenal pasti golongan yang bakal menerima kupon ini disebabkan permintaan terhadap minyak masak bersubsidi ini meningkat apabila harga minyak masak tiada subsidi makin meningkat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berpandangan ramai yang akan mendaftar untuk mendapatkan sistem kupon minyak masak peket sekiranya diminta untuk mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan bahan masakan tersebut.
"Sehubungan itu, tapisan perlu dilakukan dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan kupon ini dengan penetapan beberapa kriteria seperti pengguna mempunyai pendapatan kurang dari RM4,000 dan miskin tegar yang mendaftar dengan mana-mana agensi layak mendapat kupon ini,"katanya.
Menurut Mohamad Yusrizal, Cake turut berharap supaya tiada IKS yang ketinggalan untuk mendapatkan pemberian kupon ini.
"Bukan sahaja peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), peniaga yang tidak berdaftar dan didapati mereka telus menjalankan perniagaan IKS di kampung-kampung juga perlu diberikan kupon ini," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Cake berharap pemberian kupon itu perlu dipantau dari masa ke masa agar tiada pihak yang menyeleweng untuk tujuan perniagaan dan mendapatkan untung.
Menurutnya, kerajaan perlu mencari kaedah bagi menurunkan minyak masak tidak bersubsidi dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terbeban.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan cadangan untuk melaksanakan sistem kupon bagi minyak masak subsidi kemasan polibeg satu kilogram (1kg) akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu hadapan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut merupakan salah satu usaha bagi memastikan subsidi minyak masak dapat dinikmati oleh golongan B40 dan M40. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 09 2022
Mohamad Yusrizal ketika meninjau minyak masak peket di sebuah kedai pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.