Buat kali ketiga, Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) akan mengadakan Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa (MIRF) tahun ini.
Acara tahunan yang dijadualkan berlangsung Julai tahun ini dijangka mengumpulkan lebih 150 peruncit dari dalam dan luar negara.
Menurut Presiden MRCA, Datuk Gary Chua, seperti tahun lalu, acara itu akan menjadi platform terbaik bagi peniaga runcit dan francais mengetengahkan jenama serta produk mereka.
"Kami yakin pameran tahun ini akan menarik lebih ramai peniaga dan peruncit baharu, berdasarkan kejayaan dua edisi sebelum ini," katanya dalam sidang media di Shah Alam, baru-baru ini.
Tahun lalu sahaja, kira-kira RM65 juta transaksi jual beli dalam acara itu.
"Kami menyasarkan transaksi sehingga RM70 juta tahun ini, dan 25,000 pengunjung akan hadir berbanding 21,000 pengunjung tahun lalu.
"Peruncit dan peniaga francais bukan sahaja boleh mempromosikan produk mereka kepada pengguna tetapi mereka juga berpeluang melebarkan perniagaan mereka ke luar negara kerana acara ini juga membabitkan usahawan serta jenama dari luar.
"Jadi inilah masa terbaik untuk usahawan tempatan mengembangkan jenama dan produk mereka," kata Pengerusi Penganjur, Raymond Woo.
Bagi orang ramai yang baru hendak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan runcit dan francais, pameran ini juga mampu menjadi platform terbaik untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan bertukar-tukar idea.
"Banyak peruncit dan francais bertaraf mega yang turut sama dalam pameran ini. Banyak yang mereka boleh kongsi terutamanya peniaga-peniaga kecil dan mereka yang baru berjinak-jinak menceburi bidang ini," tambah Raymond.
MIRF tahun ini akan berlangsung dari 26 Julai hingga 28 Julai 2018, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Madiha Abdullah
Wed Feb 07 2018
Presiden MRCA, Datuk Gary Chua (tiga dari kiri) dan Raymond Woo (empat dari kiri) pada sidang media di Shah Alam, hari ini.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
PIFF 2025 sasar jualan RM12 juta, kehadiran lebih 30,000 pengunjung
Acara sulung itu menyasarkan transaksi jualan lebih RM12 juta sekali gus membuka potensi perniagaan dan pengembangan yang ketara dalam industri francais.
KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh
Usaha MyFranchise itu mensasarkan penciptaan sehingga 900 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
Misi perdagangan francais Malaysia ke Istanbul potensi tarik pelaburan RM30 juta - Fuziah
Misi bertujuan mempromosi jenama francais tempatan sekali gus menembusi pasaran Turki yang mempunyai potensi besar.
Malaysia adalah sempadan seterusnya untuk francais Thailand
Beliau berkata Malaysia juga berminat untuk mengembangkan perniagaan francaisnya dengan Thailand.
FIM2023 jangka potensi pelaburan francais RM550 juta
FIM 2023 menjangkakan potensi pelaburan francais berjumlah RM550 juta sepanjang program itu berlangsung mulai hari ini hingga 20 Mei.
KPDN sasar industri francais berkembang 20 hingga 30 peratus tahun ini
Ia boleh dicapai sekiranya semua pihak berkepentingan membantu sektor francais untuk berkembang dengan menawarkan inisiatif sesuai.
KPDNHEP akan bawa lebih banyak francais tempatan ke pasaran antarabangsa
Francais tempatan telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia dengan lebih 68 jenama di 74 negara.
Kerajaan galak lebih ramai sertai industri francais - Nanta
Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak untuk mengambil peluang menceburkan diri dalam industri francais negara yang dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.
KPDNHEP ketengah 14 syarikat francais Malaysia di Indonesia
Sebanyak 14 syarikat francais Malaysia menyertai misi perdagangan ke Indonesia yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Industri francais mampu berkembang pesat di Sabah, Sarawak
Nanta berkata, pendedahan industri francais belum mencapai tahap memuaskan di Sabah dan Sarawak.