KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi berharap perkembangan positif yang dicipta skuad Speedy Tigers sepanjang aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada peringkat seterusnya.
Beliau berkata skuad negara yang meraih dua kemenangan aksi Kumpulan C, perlu menjadikan ia sebagai batu loncatan bagi mencipta satu lagi kemenangan ketika berdepan Sepanyol pada aksi penentuan ke suku akhir, hari ini.
"Daripada segi suasana saya lihat ia positif di kem hoki negara, jadi saya harapkan ia dapat dibawa semasa menentang Sepanyol nanti.
"Berdasarkan kekuatan fizikal dan mental juga saya yakin mereka telah bersedia untuk mengatasi pasukan itu," katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media semalam.
Berkongsi perkembangan semasa skuad itu yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, Mirnawan berkata pemain telah berehat selama dua hari sebelum berdepan pasukan Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia.
"Jadi kita gunakan (tempoh rehat) sebaik mungkin untuk barisan pemain mendapatkan rehat serta kembali pulih sepenuhnya. Mereka juga dibenarkan keluar dari tempat penginapan untuk merehatkan minda serta emosi.
"Skuad Speedy Tigers dalam masa sama membuat latihan padang selain memberikan tumpuan kepada aspek taktikal yang akan digunakan ketika menentang Sepanyol," katanya.
Pada 19 Jan lepas, skuad kendalian A. Arul Selvaraj menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.
Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.
Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan skuad negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Mirnawan berkata pemain telah berehat selama dua hari sebelum berdepan pasukan Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia. - Foto Instagram/@mirnawannawawi
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.