"Ini juga adalah satu cabaran kepada 'orang muda' kerana di usia sebegini, saya berjaya melakukan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung," kata Wan Hashim Wan Mahmood, 74.
Pengayuh basikal solo warga emas itu selamat tiba di rumahnya selepas menamatkan misi Kayuhan Solo Merdeka 2020 mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,318 kilometer (km) selama 23 hari.
Memulakan kayuhan pada 8 Ogos lepas, beliau tiba di rumahnya di Telipot, di sini hari ini dengan disambut oleh ahli keluarga serta wakil RedOne, Daniel Leoh dan wakil Malaysia Book of Records (MBOR), Wan Taqwa Wan Nazi.
Dengan kejayaan itu, Wan Hashim yang dikenali sebagai 'Pak Wan' dinobatkan dalam MBOR sebagai lelaki tertua di negara ini yang mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak enam kali.
Mengulas mengenai kayuhan kali ini, Wan Hashim berkata cabaran paling getir yang dilaluinya adalah ketika mendaki Lebuh Raya Timur-Barat menerusi Banjaran Titiwangsa dalam masa sehari selama kira-kira 11 jam yang sebelum ini dilakukan dalam masa dua hari.
"Alhamdulillah ...hasilnya dengan semangat yang ada saya berjaya di puncak dengan kayuhan (jarak) sejauh 80 kilometer (dari Gerik ke puncak banjaran)," katanya ketika ditemui pemberita.
Jelasnya, sebelum memulakan misi solo tersebut beliau menghadapi sedikit halangan daripada keluarga susulan negara masih dibelenggu pandemik COVID-19 dan juga faktor kesihatan dirinya.
"Sebelum melakukan misi ini, saya sudah pun memikirkan daripada pelbagai faktor termasuk umur dan tahap kesihatan. Saya tahu cabarannya amat besar tetapi saya tetap cekalkan hati dan menguatkan semangat sehinggalah misi tercapai," katanya yang turut menasihatkan golongan muda supaya mendalami apa erti kemerdekaan dan membina negara dengan kebolehan masing-masing.
Mengimbas kayuhan sebelum ini, Wan Hashim berkata beliau pernah berkayuh selama 11 hari ke Kuala Lumpur pada usia 14 tahun untuk menyaksikan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan kata-kata keramat 'Merdeka' di Stadium Merdeka ketika sambutan Hari Kebangsaan pada 1960.
Ia sekali gus menjadi pembakar semangat padanya untuk misi seterusnya iaitu kembali ke stadium tersebut suatu hari nanti dengan berbasikal sebagai bukti cintanya kepada negara yang tidak berbelah bahagi.
Wan Hashim mencipta rekod MBOR kali pertama pada 2014 sebagai lelaki tertua di negara ini berjaya membuat kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,200 kilometer (km).
Beliau turut mencatatkan nama dalam MBOR pada 2015 dan 2017, serta dua tahun lepas bagi jarak paling jauh 5,319 km bagi kayuhan basikal ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia serta jelajah Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 31 2020

Wan Hashim yang dikenali sebagai 'Pak Wan' (tengah) dinobatkan dalam MBOR sebagai lelaki tertua di negara ini yang mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak enam kali. - Bernama

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.

Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.

Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.

Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.

Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).