TASEK GELUGOR: Kerajaan Pulau Pinang menyalurkan bantuan RM500,000 bagi menampung kos berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di Gunung Everest sejak Jumaat lepas.
Ketua Menteri,Chow Kon Yeow berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sebulat suara bersetuju menyalurkan sumbangan RM500,000 bagi meringankan beban kos SAR Muhammad Hawari.
“Mesyuarat Exco (MMK) telah memutuskan untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 atau RM0.5 juta yang akan disalurkan kepada kelab berwajib sebagai perbelanjaan pengurusan SAR ini,” kata Kon Yeow sewaktu mengadakan lawatan khas terhadap keluarga Muhammad Hawari di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar malam tadi.
Dalam masa sama Kon Yeow berkata, pentadbirannya akan terus mengikuti perkembangan SAR Muhammad Hawari yang juga kakitangan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) secara dekat dan dari semasa ke semasa.
Beliau yang diiringi Pengarah LMNPP, Haryany Mohamad turut menjelaskan kepada keluarga Muhammad Hawari mengenai inti sesi telesidang pada Selasa bersama-sama Ketua Misi Ekspedisi Malaysia ke Gunung Everest, Azim Afif Ishak mengenai operasi SAR Muhammad Hawari yang ditetapkan sehingga 28 Mei 2023.
“Kita serahkan kepada pasukan SAR untuk melakukan SAR di sana, Haryany akan menjadi wakil penghubung dengan pihak SAR dan kelab (berwajib) di sana,” katanya lagi.
Sementara itu, Kon Yeow turut menyampaikan sumbangan khas daripada beliau sendiri kepada isteri Muhammad Hawari Hashim, iaitu Safiyyah Tang Xie Li.
Selain itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin yang juga ADUN Paya Terubong turut menyampaikan sejumlah sumbangan dana kepada Safiyyah.
Muhammad Hawari yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Beliau yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei.
Mangsa merupakan kumpulan sama yang menyertai Malaysia Everest 2023 (ME 2023) bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lot Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika misi menakluk Everest pada ketinggian 8000 meter.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 25 2023
Muhammad Hawari yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat. - Foto fail/Sinar Harian
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.
Everest: Operasi SAR Hawari ditamatkan awal sehari
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan hari ini.
Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.
Tinggal 5 hari lagi peluang mencari Hawari
Misi SAR kali ini akan menggunakan teknologi canggih iaitu dua dron berteknologi tinggi yang akan dikawal oleh seorang pendaki.
KPWKM atur sesi kaunseling untuk keluarga Hawari
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengatur sesi kaunseling untuk keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, yang hilang di kawasan pe
Nepal beri tempoh lima hari lagi cari Hawari
Misi SAR itu akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi membabitkan seorang pendaki dan seorang malim gunung yang berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu.
Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki OKU pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.
Tragedi Everest: 'Lukisan rindu' anak Hawari, keluarga harap SAR diteruskan
Keluarga Hawari masih kekal positif dengan berharap tempoh misi pencarian (SAR) dapat dilanjutkan sehingga beliau ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Tragedi Everest: "Besar harapan saya Hawari ditemui walau dalam keadaan apa sekalipun" - Ibu
Ibu berharap usaha mencari pendaki Everest, Muhammad Hawari tetap diteruskan meskipun telah dimaklumkan misi tersebut akan berakhir Ahad ini.