PUTRAJAYA: Malaysia menjalankan misi perdagangan francais ke Jeddah, Arab Saudi, untuk membantu pengembangan jenama Malaysia ke Timur Tengah.
Delegasi diketuai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid itu turut disertai pegawai dari kementerian, Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan lima jenama terkemuka negara -- CheeseU, CIC Where Leaders Are Born, Genius Aulad, US Pizza dan Siti Khadijah.
Rosol berkata misi perdagangan tiga hari berakhir pada 9 Mei itu merupakan sebahagian Program Pembangunan Francais Dipertingkatkan yang diluluskan oleh jawatankuasa Majlis Eksport Francais (FRANEX) pada 2021.
"Misi perdagangan itu bertujuan menggalakkan dan mendorong pengembangan jenama Malaysia ke pasaran Timur Tengah, terutama Arab Saudi, dan (untuk) menghubungkan dan menjalinkan perkongsian dengan pelabur asing yang betul dan berpotensi melalui program padanan perniagaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata jenama francais Malaysia telah berkembang sehingga menjadi terkemuka dengan lebih 68 jenama di 74 negara dan dijangka terus berkembang dalam era pasca-COVID-19.
Industri francais di Malaysia merekodkan jumlah jualan RM13 bilion pada 2021, meningkat 16.4 peratus daripada RM11.16 bilion yang dicatatkan pada 2018.
Di Jeddah, delegasi itu turut melawat Lulu Hypermarket Marwah untuk mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Lulu International Group dalam sektor peruncitan serta meluaskan jangkauan dan pembangunan produk negara di pasaran Timur Tengah melalui Lulu Hypermarket di Arab Saudi.
"Ini sudah pasti merupakan pendekatan sama menang, dengan kita mengalu-alukan pengendali runcit dan borong terkemuka asing untuk menjalankan perniagaan mereka di Malaysia dan, pada masa yang sama, membawa produk dan jenama Malaysia dalam operasi mereka di luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Rosol berkata misi perdagangan tiga hari berakhir pada 9 Mei itu merupakan sebahagian Program Pembangunan Francais Dipertingkatkan yang diluluskan oleh jawatankuasa Majlis Eksport Francais (FRANEX) pada 2021. - Gambar fail
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia berjaya raih potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac 2024 - PM Anwar
Angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara di Australia, Jerman dan Perancis, kata Perdana Menteri.
Tengku Zafrul ketuai misi perdagangan MITI ke Jepun dari 29 Mei hingga 3 Jun
Misi itu akan meliputi Tokyo dan Osaka dan akan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.
Tengku Zafrul ketuai misi perdagangan MITI ke Korea Selatan
Misi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan MITI untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Malaysia peroleh pelaburan Jepun bernilai RM9.3 bilion - MITI
Malaysia memperoleh pelaburan bernilai RM9.3 bilion menerusi Misi Perdagangan serta Pelaburan (TIM) terbaharu ke Jepun.
AMCHAM: Misi perdagangan perkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat
Pelaburan itu komitmen kedua-dua negara untuk membangunkan ekosistem yang boleh memenuhi permintaan global.
Misi perdagangan ke Jeddah bantu pengembangan jenama Malaysia di Timur Tengah
Malaysia menjalankan misi perdagangan francais ke Jeddah, Arab Saudi, untuk membantu pengembangan jenama Malaysia ke Timur Tengah.
Putera Turki Arab Saudi terima kunjungan Menteri MITI Malaysia
Kedua-dua menteri mengadakan pertemuan yang menekankan mengenai hubungan dua hala dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang antara dua negara.
Azmin Ali ketuai misi perdagangan, pelaburan ke Korea Selatan, Jepun
Misi itu merupakan langkah penting bagi meningkatkan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan serta hab penyumberan untuk perniagaan global.
Leiking ketuai misi perdagangan ke Jepun, Korea Selatan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun dari 14 hingga 17 Okt dan Korea Selatan dari 18 Okt hingga 21 Okt.