KOTA KINABALU: Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei mampu meningkatkan keterjaminan bekalan barangan keperluan serta kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, program itu adalah kerjasama ekonomi antara Malaysia dan negara jiran bersempadan yang menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan.
Beliau berkata, misi itu telah dimulakan dengan pembekalan gas petroleum cecair (LPG) tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei bermula 16 Jun lalu sehingga 1 Julai ini.
"Ia akan diperluas ke barang keperluan lain yang akan diperincikan antara kedua-dua negara pada masa akan datang. Pada misi kali ini, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah bersetuju membekalkan 150 tan metrik LPG tidak bersubsidi kepada Brunei.
"Pembekalan LPG tidak bersubsidi ke Brunei ini tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan LPG dalam negara terutama untuk isi rumah atau industri, kita ada lebihan bekalan sekitar 20 peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi itu di Depo Petronas Dagangan Berhad, Sepanggar, di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga Brunei, Datuk Seri Awang Matsetejo Sokiaw; Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Brig Jen (B) Datuk Mahmud Saidin dan Ketua Pegawai Operasi Petronas Dagangan Berhad, Khalil Jaffri Muhammad Muri.
Salahuddin berkata, jumlah dan kekerapan pembekalan LPG dan barangan keperluan lain menerusi misi tersebut akan dilakukan mengikut permintaan dan keperluan kedua-dua belah negara.
"Saya bercadang mengadakan lawatan rasmi ke Brunei pada Ogos depan untuk melihat potensi dan bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi sempadan ini, sesuatu yang baik untuk kita dapatkan pendapatan baharu, mungkin kita boleh cipta peluang pekerjaan kepada dua negara di kawasan sempadan kita," katanya.
Beliau berkata, kerjasama serantau terutama dengan negara jiran adalah potensi yang wajar diteroka dan ditingkatkan, misi sedemikian diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada kedua-dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi masa ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
![Misi Rahmah ekonomi sempadan Malaysia-Brunei tingkatkan kerjasama perdagangan Misi Rahmah ekonomi sempadan Malaysia-Brunei tingkatkan kerjasama perdagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684586753_SalahuddinAyub.jpg)
Salahuddin berkata, jumlah dan kekerapan pembekalan LPG dan barangan keperluan lain menerusi misi tersebut akan dilakukan mengikut permintaan dan keperluan kedua-dua belah negara. - Gambar fail/Bernama
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Amanah masih perlukan 'Abang Mat' Amanah masih perlukan 'Abang Mat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703220902_MohamadSabu.jpg)
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
![Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700911047_TBSUHAIZANKPDN.jpg)
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
![Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698915603_ArmizanMohdAli.jpg)
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
![Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697890471_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
![Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari... Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696308602_TBAdlyZahari.jpg)
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
![Pengganti Salahuddin: Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya - PM Anwar Pengganti Salahuddin: Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693562993_AnwarIbrahim.jpg)
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
![Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690127383_SalahuddinAyub.jpg)
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
![PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694276280_AnwarIbraihimPRK.jpg)
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
![PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688549350_TBRAKYATUNID.jpg)
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
![PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690627418_SPR.jpg)
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.