KOTA KINABALU: Kadar kemiskinan tegar di Sabah mencatatkan penurunan kepada hanya 5,379 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun lepas, berbanding 22,510 pada tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sebanyak 17,131 KIR direkodkan telah berubah status disebabkan beberapa faktor iaitu 14,146 KIR didapati telah berubah status kepada miskin dengan jumlah pendapatan isi rumah antara RM1,218 hingga RM2,742.
"Sebanyak 2,093 KIR pula didapati telah berubah status kepada melebihi paras miskin dengan jumlah pendapatan melebihi RM2,742, 477 KIR didapati telah meninggal dunia tetapi masih dalam senarai 'locked figure', 394 KIR tidak dapat dikesan manakala 21 KIR telah pun berpindah negeri," katanya pada Persidangan DUN Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan bagi memastikan sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah pada bulan ini dapat direalisasikan.
Hajiji berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu kepercayaan bahawa beliau yakin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mampu untuk menoktahkan miskin tegar berdasarkan tempoh yang telah dinyatakan.
"Meskipun kerja-kerja lapangan dibatasi oleh keadaan geografi Sabah yang unik, kerajaan negeri akan tetap menyokong aspirasi Perdana Menteri untuk direalisasikan pada bulan Julai ini. Walau bagaimanapun kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh sekiranya perlu.
"Sebagai komitmen dan sokongan terhadap pengumuman Perdana Menteri, saya telah mengarahkan Sekretariat Sabah Maju Jaya (Sekretariat SMJ) bersama-sama dengan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPN Sabah) untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi mempercepat agenda menoktahkan miskin tegar di negeri ini," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Sabah telah membangunkan 13 indikator untuk menentukan kesahihan status miskin tegar dan indikator berkenaan juga bertujuan memberi keutamaan kepada jenis bantuan yang perlu diberikan secara bersasar dan tepat.
"Sekretariat SMJ sebagai urus setia Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah akan bertindak menyelaras data KIR yang berstatus miskin tegar yang telah menerima bantuan seterusnya dipadankan dengan bantuan bersesuaian.
"Aktiviti pemadanan dan intervensi bantuan merupakan kerjasama bersama 27 Agensi pemberi bantuan di dalam program ini yang terdiri daripada 10 kementerian Sabah, sembilan agensi kerajaan negeri, tujuh agensi kerajaan Persekutuan dan satu pemain industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Hajiji berkata sebanyak 17,131 KIR direkodkan telah berubah status disebabkan beberapa faktor iaitu 14,146 KIR didapati telah berubah status kepada miskin dengan jumlah pendapatan isi rumah antara RM1,218 hingga RM2,742. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF
Kadar bantuan ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a

Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.

Salur maklumat rakyat miskin, miskin tegar kepada kerajaan Sabah - Hajiji
Satu sesi libat urus Sekretariat SMJ bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan kerajaan akan dilaksanakan pada 28 Nov ini.

Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.

Pendekatan noktah kemiskinan tegar tanpa diskriminasi - PM Anwar
Walaupun majoriti penduduk miskin merupakan masyarakat Melayu dan Bumiputera, namun semua kaum, termasuk Cina dan India yang terkesan, akan mendapat bantuan.

Johor peruntuk RM54.7 juta bina, baik pulih rumah miskin tegar
Kerajaan Johor memperuntukkan RM54.7 juta bagi membina dan membaik pulih rumah untuk golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan.

Miskin tegar di Sabah menurun kepada 5,379 keluarga setakat 30 Jun - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah mencatatkan penurunan kepada hanya 5,379 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun lepas.