ALOR SETAR: Misteri bau busuk di sebuah rumah yang berkunci di Jalan Meranti, Tambang Badak di sini terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima makluman berhubung seorang lelaki meninggal dunia dalam rumah berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan, abang lelaki berkenaan memaklumkan terhidu bau busuk di depan rumah adiknya yang berusia 56 tahun ketika pulang dari kerja pada jam 7 pagi Khamis.
"Saksi cuba memanggil dan menghubungi adiknya sebanyak beberapa kali tetapi tiada jawapan.
"Saksi kemudian meminta bantuan jirannya untuk menghubungi talian kecemasan 999," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau memberitahu, sebaik pintu dibuka dengan bantuan pihak bomba, didapati mayat ditemukan dalam keadaan terlentang dan sudah berbau.
Ahmad Shukri berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat sudah mereput dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.33 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Beliau berkata, komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki terbaring dalam rumah yang berkunci.
Katanya, anggota bomba kemudiannya bertindak membuka pintu rumah menggunakan peralatan sebelum menemukan mayat di ruang tamu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 04 2022

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah rumah berkunci di Jalan Meranti, Tambang Badak di sini, pada Khamis. - Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Misteri bau busuk terjawab
Abang lelaki berkenaan memaklumkan terhidu bau busuk di depan rumah adiknya yang berusia 56 tahun ketika pulang dari kerja pada jam 7 pagi Khamis.