WELLINGTON: New Zealand sekali lagi berdepan insiden misteri kematian ribuan belut.
Susulan kejadian kedua pada tahun ini, satu siasatan dilancarkan pihak berkuasa alam sekitar di bawah Kementerian Industri Utama.
Pada kali ini, lebih 3,500 bangkai anak belut ditemui di sungai air tawar Kauritutahi di bahagian paling utara North Island.
"Punca sebenar pada ketika ini masih tidak diketahui. Pihak berkuasa percaya ia mungkin disebabkan 'tekanan' yang dikaitkan dengan fenomena perubahan iklim," lapor New Zealand Herald.
Pemangku Pengurus Pasukan Biokeselamatan di Wellington, Rissa Williams juga tidak menolak kemungkinan teori tersebut.
Sementara itu, wakil kumpulan yang mengawasi sungai tersebut bertindak menguji sampel air.
Ketika kejadian pada Februari lalu, siasatan mendapati kematian lebih 2,600 belut di Sungai Low Stream dan sebuah lagi kawasan tidak jauh dari Sungai Mataura berpunca daripada sisa toksik setelah pihak berkuasa menemui racun pada laluan air tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Apr 03 2024

Terdapat teori yang menyatakan ia mungkin disebabkan 'tekanan' yang dikaitkan dengan fenomena perubahan iklim. - Foto agensi

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Misteri kematian lebih 3,500 belut
Lebih 3,500 bangkai anak belut ditemui di sungai air tawar Kauritutahi di bahagian paling utara North Island.