Persatuan Pelancong Dalam Malaysia (MITA) melihat kemampuan destinasi pelancongan di Bagan Datuk sebagai tarikan pelancong antarabangsa ke dalam negara.
Presidennya, Uzaidi Udanis berkata beberapa pertemuan juga sudah dijalankan dengan operator pelancongan di kawasan itu untuk memastikannya menjadi kenyataan.
Jelasnya, kluster pelancongan merupakan satu platform penting dalam kejayaan Aspirasi Transformasi Nasional (TN50) @Bagan Datuk.
"Kita telah berhubung dengan pemilik rumah inap dan pengusaha produk pelancongan di Bagan Datuk seperti Sky Mirror.
"Produk dan destinasi ini amat penting dan akan menarik lebih ramai lagi pelancong sekali gus menganjurkan lebih banyak acara untuk menarik lebih ramai di sini.
"Pada minggu depan, kita akan adakan 'Tourism Day' di Bagan Datuk, kita akan himpunkan seberapa ramai penggiat pelancongan dan fikir idea hendak popularkan Bagan Datuk," katanya ketika ditemui selepas majlis Aspirasi Transformasi Nasional (TN50) @Bagan Datuk di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, pada Ahad.
Pelancongan merupakan salah satu daripada lapan kluster TN50@Bagan Datuk yang akan terus diberikan penekanan selain perhubungan, pendidikan, kesihatan, keselamatan, sukan, agama dan perumahan rakyat.
Sebelum in, Uzaidi memberitahu Malaysia menerima sekitar 250,000 pelancong dari China sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Katanya, angka itu berdasarkan jumlah visa yang telah dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di China iaitu sebanyak 327,000 untuk rakyat negara itu sehingga awal Mac.
Astro Awani
Sun Mar 18 2018

UZAIDI: MITA melihat kemampuan destinasi pelancongan di Bagan Datuk sebagai tarikan pelancong ke dalam negara. - BERNAMA/Fail

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

MITA mahu 'jual' Bagan Datuk ke peringkat antarabangsa - Uzaidi
Persatuan Pelancong Dalam Malaysia (MITA) melihat kemampuan destinasi pelancongan di Bagan Datuk sebagai tarikan pelancong ke dalam negara.