KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperkemas semula fokus dan strategi semasanya untuk memastikan pelabur asing membuat pelaburan yang berterusan di Malaysia dan tidak beralih arah ke negara lain.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong berkata kerajaan melalui MITI sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan ke dalam pelbagai sektor di Malaysia.
Beliau berkata, Malaysia merekodkan prestasi memberangsangkan dengan kelulusan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor pada tahun 2021 berjumlah RM309.4 bilion dan sebanyak RM264.6 bilion pada 2022.
"Daripada keseluruhan jumlah pelaburan pada tahun 2022, pelaburan asing menyumbang melebihi separuh iaitu 61.7 peratus atau RM163.3 bilion, manakala pelaburan domestik menyumbang 38.3 peratus atau RM101.3 bilion.
"Jumlah pelaburan yang diluluskan ini berpotensi mewujudkan sejumlah 140,370 peluang pekerjaan baharu," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung usaha kerajaan bagi memastikan syarikat besar tidak beralih arah dari Malaysia ke negara lain.
Liew berkata Asia Tenggara kini menjadi tumpuan dunia yang mana syarikat dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak lagi mahu terlalu terikat dengan pelaburan di China sahaja melalui model "China + 1", atau mahu beralih keluar daripada China dan melihat Asia Tenggara sebagai destinasi alternatif mereka.
Selain itu, katanya, syarikat China yang menjadi pembekal kepada syarikat Eropah dan AS turut memilih Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan pilihan mereka.
"Inilah peluang Malaysia untuk mendapat lonjakan kedua menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ekosistem ekonomi yang dinamik dan bertenaga.
"Lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara yang membolehkan pelabur mendapat akses pasaran yang luas juga merupakan antara faktor lain yang mengekalkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan pelabur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Kerajaan melalui MITI sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan ke dalam pelbagai sektor di Malaysia. -Foto BERNAMA

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Siti Nurhaliza terharu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III
Pada awalnya, Siti Nurhaliza berasa seperti menjadi mangsa 'scam' bila menerima khabar lagu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia perluas hubungan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal - MITI
Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan diversifikasi pasaran dengan negara-negara utama termasuk negara BRICS.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

Kerajaan perluas pasaran dagangan, perkukuh diplomasi untuk hadapi ketidaktentuan ekonomi
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara.

Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah dan AS, potensi pelaburan hampir RM20 bilion
Setakat Disember 2024, 56 projek berpotensi dengan komitmen pelaburan hampir RM20 bilion dikenal pasti dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.