KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mewujudkan pusat memudah cara pelaburan Malaysia atau Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) yang bersifat sebagai pusat sehenti bagi hal-hal berkaitan pelaburan di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata IMFC bertujuan memudah cara urusan komuniti perniagaan dan para pelabur dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan yang terpilih.
Beliau berkata penubuhan secara fizikal adalah untuk mempercepat pelbagai proses kelulusan termasuk memberi khidmat rundingan serta nasihat sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam.
"Inisiatif ini merupakan penambahbaikan kepada pusat khidmat nasihat sedia ada di MIDA dan selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan Majlis Jemaah Menteri pada 3 November dan aspirasi Ekonomi MADANI untuk memudah cara perniagaan khususnya 'investor's journey' di pelbagai peringkat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata IMFC juga bertujuan mengumpulkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung dan usaha itu adalah langkah penting dalam mendukung hasrat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Tengku Zafrul berkata inisiatif itu mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mesra pelabur dan mesra perniagaan yang terunggul di rantau ini berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional.
Beliau berkata berdasarkan keadaan semasa, perkhidmatan rundingan serta memudah cara yang dilaksanakan secara fizikal dan bersemuka akan memberi impak positif selain meningkatkan keyakinan pelabur dan peserta industri.
"MITI dan MIDA mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan yang berterusan bagi menyediakan perkhidmatan yang efektif dan efisien kepada para pelabur dan komuniti perniagaan dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia.
"MITI juga komited untuk menambah baik kemudahan sedia ada di bawah MIDA dalam usaha untuk memudah cara pelaburan," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan IMFC akan dijayakan berdasarkan konsep seluruh kerajaan (whole-of-government) dan akan disokong secara langsung oleh beberapa kementerian dan agensi yang berkepentingan, seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Turut serta memberikan sokongan ialah Jabatan Tenaga Kerja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, syarikat telekomunikasi, Tenaga Nasional Bhd serta lain-lain kementerian dan agensi tertakluk kepada keperluan semasa, katanya.
Tengku Zafrul berkata antara inisitiatif sedia ada di bawah MIDA adalah penubuhan Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) pada 2020.
TRACK adalah platform pemudah cara bagi kesemua projek pelaburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) dalam memastikan projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, katanya.
"Melalui inisiatif sedia ada TRACK dan IMFC secara fizikal, MITI yakin Malaysia akan kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih untuk syarikat global dunia.
"Ia juga menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi kepada rakyat, seterusnya menerajui dan merancakkan pembangunan ekonomi, serta kemakmuran negara," katanya.
Sejak penubuhan TRACK, kadar peratusan pelaksanaan projek yang diluluskan telah meningkat melebihi 80 peratus, bagi tempoh Januari 2016 hingga Jun tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Tengku Zafrul berkata IMFC bertujuan memudah cara urusan komuniti perniagaan dan para pelabur dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan yang terpilih. - Foto fail/BERNAMA
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.
Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.
MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.
NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.
MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.
Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.
5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.