PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.
"Seperti mana kita tahu, MITRA pun ada masalah masa itu . Jadi, setahun yang lalu, kita (Kerajaan Perpaduan) dah betulkan di mana program lebih telus, tidak menuju kepada badan politik tetapi terus kepada rakyat, pelajar dan sebagainya.
Oleh kerana itu, keadaan telah lebih baik, saya boleh pindahkan ke Kementerian Perpaduan tetapi saya tetap pantau," katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini.
Perdana Menteri juga berkata masyarakat India tidak perlu bimbang mengenai pentadbiran MITRA yang diletakkan di kementerian berlainan kerana peraturan telah ditetapkan, peruntukan diluluskan dan unit itu masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat bagi mengelakkan berlakunya lagi salah guna kuasa atau penyelewengan.
MITRA pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai MITRA pada 2018 dan diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara namun pada September 2022 ia telah dipindahkan di bawah seliaan JPM.
Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA Datuk R. Ramanan berkata status MITRA sama ada kekal di bawah pentadbiran JPM atau sebaliknya akan diumumkan Perdana Menteri.
Mengenai sesi dialog hari ini, Anwar berkata beliau singgung kebhinekaan isu semasa dan polisi kerajaan yang menjadi tajuk utama laporan media kendatipun masalah rakyat dan negara yang memerlukan pena pengamal media untuk mencorakkannya.
Beliau berkata peranan utama yang dimainkan pengamal media sebagai pencatat sejarah negara tidak boleh dinafikan sama sekali meski berdepan pelbagai tantangan, onak dan duri kehidupan.
"Media bukan asing dalam kehidupan saya dari awal dahulu sebagai ahli politiik sehinggalah kini bergelar Perdana Menteri.
Moga pengamal media terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memastikan agenda pembangunan rakyat dan negara terus menjadi keutamaan," katanya dalam hantaran Facebook malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.
Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.
Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.
Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.
Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.
Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.