SHAH ALAM: Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini membincangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan menggariskan panduan yang lengkap dan komprehensif, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda, yang juga Pengerusi MKI, bertitah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah isu yang sensitif dalam kalangan umat Islam di Malaysia serta melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian orang Kristian di Sabah dan Sarawak perlu dikaji dan diteliti dengan mendalam dan dimuktamadkan segera dengan penuh hikmah dan tanggungjawab.
"Segala keputusan yang dicapai oleh MKI berkaitan isu kalimah Allah ini nanti akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuaratnya yang akan datang, dan dengan itu satu dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dimuktamadkan," titah baginda.
Sultan Selangor bertitah demikian pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu.
Menyentuh tentang penyebaran fitnah kononnya lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup, Sultan Selangor menzahirkan rasa kesal dengan fitnah itu.
"Sesungguhnya fitnah sebegini amat tidak bertanggungjawab dan amat beta kesali kerana ia telah secara tidak langsung merisaukan para ibu bapa dan boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri Selangor," titah baginda.
Baginda juga mahu golongan berkenaan segera memberhentikan perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab itu.
"Beta mohon pihak polis segera mengesan kumpulan pemfitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," titah baginda.
Sultan Selangor bertitah langkah pemutihan perlu diambil terhadap sekolah-sekolah agama dan tahfiz swasta dan persendirian yang tidak berdaftar dengan mengarahkan pendaftaran dibuat bagi memastikan sekolah-sekolah ini adalah selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya dan mempunyai suasana pembelajaran yang selesa untuk para pelajar menimba ilmu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) ketika berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-70 hari ini. - Foto BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

MKI putuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sesat, menyeleweng
Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem diputuskan sebagai sesat dan menyeleweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

GISB: Pandangan hukum ajaran dipersembah kepada Majlis Raja-Raja hari ini, esok
JAKIM telah membentangkan kajian menimbang dan memutuskan pandangan hukum berkaitan ajaran diamalkan pengikut GISB kepada MKI yang bersidang pada 24 hingga 26 Sept lepas.

Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.

JAKIM bawa isu GISB ke MKI
JAKIM akan membawa isu berkaitan GISB kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Daftar kahwin pelarian Islam antara dibincang mesyuarat MKI ke-72
Pendaftaran perkahwinan bagi pelarian beragama Islam di negara ini antara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) ke-72 di sini, hari ini.

Akta 355: Kerajaan di peringkat siapkan kertas kerja untuk dibawa ke mesyuarat MKI
Rundingan dan perbincangan bersama pihak agensi agama Islam negeri mengenai usaha penambahbaikan itu sudah selesai.

Institusi mufti perlu bawa isu bersifat nasional ke MKI sebelum beri jawapan - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata proses penyediaan jawapan bagi apa-apa isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.

Jawatankuasa MKI: Ngeh Koo Ham minta maaf, tarik balik cadangan
Ahli Parlimen dari parti DAP itu berkata dia langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam ketika membuat cadangan berkenaan.

Jawatankuasa MKI: Amirudin junjung kasih kebijaksanaan Sultan Selangor
Amirudin berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Koo Ham wajar meneliti semula setiap kali beliau mahu mengeluarkan kenyataan terutamanya berhubung isu hal ehwal agama Islam.

Koo Ham terkhilaf punca kuasa penubuhan jawatankuasa MKI - Loke
Anthony Loke berkata, beliau sedar kenyataan itu akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan orang Islam.