ALOR SETAR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dicadangkan oleh kerajaan negeri Kedah supaya mengambil alih sebahagian daripada 77 hektar tanah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bukit Malut, Langkawi untuk dijadikan lokasi penempatan baharu penduduk yang tinggal di kawasan penempatan haram berhampiran situ.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata mesyuarat penyelarasan telah pun diadakan antara MKN, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta pihak yang berhasrat membangunkan penempatan baharu itu.
"Menerusi cadangan tersebut, daripada jumlah ini, kira-kira 24 hektar tanah LKIM akan dibuat kira-kira 1,200 kediaman baharu untuk dibeli oleh penduduk setinggan di Bukit Malut supaya hidup mereka lebih selesa dan selamat.
"Perkara ini akan diputuskan pihak MKN untuk persetujuan sama ada tanah LKIM itu nak dibuat pengambilan secara berbayar atau diambil begitu saja atas faktor keselamatan kerana 'projek' menyusun atur penempatan golongan ini pun sudah terlalu lama, sejak tahun 1980-an lagi.
"Ini projek MKN, jadi mereka yang kena selesaikan. Pihak kerajaan negeri hanya membantu memudahkan dari segi susun atur, kelulusan pelan perancangan pembangunan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan peserta Misi Pendakian Everest Base Camp (EBC) di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan kekecewaan penduduk di perkampungan haram Bukit Malut itu terhadap kerajaan negeri yang didakwa lambat bertindak dalam menyelesaikan isu penempatan di kawasan itu yang semakin padat.
Malah, kebanyakan penduduk di situ yang mendakwa bukan pendatang asing tanpa izin warga Myanmar, sebaliknya mereka rakyat Malaysia yang mahu diberi perhatian memandangkan mereka selama ini dipinggirkan oleh kerajaan.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata kemungkinan MKN juga ada halangan tertentu namun kerajaan negeri bersedia untuk membantu memudah cara urusan berkaitan dalam usaha memberikan kehidupan yang selesa kepada penduduk di Bukit Malut itu.
"Kalau MKN kata 'okey' dan sedia untuk bangunkan kediaman itu melalui apa jua cara kewangan termasuk Inisiatif Kewangan Swasta (PFI), pembayaran berperingkat atau pembayaran kemudian, kami sedia membantu pada bila-bila masa untuk melancarkan urusan tersebut.
"Kami nak selesaikan isu ini secepat mungkin dan kalau tak buat semasa saya, masa akan datang belum tentu akan ada orang usahakan...saya tak ada kepentingan apa, cumanya saya nak kawasan itu teratur dan mereka dapat kediaman sama seperti orang lain di Langkawi," katanya.
Mengenai misi pendakian itu, seramai 10 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah serta pasukan keselamatan selain individu Orang Kurang Upaya (OKU) kategori bisu terlibat dalam misi pendakian yang dijangka bermula hujung Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Sebelum ini media melaporkan kekecewaan penduduk di perkampungan haram Bukit Malut terhadap kerajaan negeri yang didakwa lambat bertindak dalam menyelesaikan isu penempatan di kawasan itu yang semakin padat. - Gambar fail/ Bernama
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Feri penumpang dalam pembaikan terbakar
Sebuah feri yang sedang dalam penyelenggaraan enjin di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut, terbakar pada petang Jumaat.
Semua penduduk Bukit Malut termasuk warga asing akan divaksin
Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tiada diskriminasi membabitkan suntikan vaksin itu bagi mengelak mereka menjadi pembawa virus itu.
Penduduk risau wujud fenomena 'Bukit Malut 2' di Kuala Perlis
Penduduk setempat bimbang terhadap keselamatan mereka dan jika perkara itu tidak dibendung dari awal akan mengubah perkampungan nelayan Kuala Perlis sebagai pusat transit pendatang asing.
Kerajaan komited selesaikan isu penempatan di Bukit Malut
Dr Mahathir mahu kesemua penduduk Bukit Malut ditempatkan di kawasan perumahan yang lebih terancang dan sempurna.
Tragedi Langkawi: Polis sahkan mayat rentung milik tiga sekeluarga
Polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran di sebuah rumah di Pangkalan Jeti Nelayan Sungai Tepi, dekat Bukit Malut di Langkawi pagi tadi.
Bukit Malut hampir ditenggelami lautan sampah
Bukit Malut hampir 'ditenggelami' sampah, apabila sisa buangan itu langsung tidak diuruskan dengan baik.
Bidaan Equanimity ditutup hari ini, dan pemenangnya...
Kapal layar penuh kontroversi itu dirampas pihak berkuasa Malaysia pada 7 Ogos dan mula dilelongkan sejak 29 Oktober dalam usaha kerajaan mengembalikan wang yang dilesapkan dalam skandal 1MDB.
Pilihan raya satu nikmat kepada pengundi - Tun M
Calon PKR Parlimen Langkawi itu melihat pilihan raya sebagai satu nikmat yang dibawa parti tertentu kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Langkawi bakal muncul pengeluar utama udang putih Amerika Selatan
Projek berskala besar di Bukit Malut yang dijangka bermula sebelum akhir 2018, juga disasarkan menjana hasil kira-kira RM1.5 bilion setahun selepas tiga tahun pelaksanaannya.
150 buah rumah di perkampungan nelayan Langkawi musnah dijilat api
Kira-kira 150 rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran dekat Bukit Malut, Langkawi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.