Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis menafikan andaian dan tuduhan terhadap pasukan penyelamat oleh pendaki warga Australia Vee Jin Dumlao yang terselamat dalam bencana gempa bumi di Gunung Kinabalu.
Dalam temu bual oleh ABC News, beliau mengingati semula pengalaman yang menyeksakan itu selepas terperangkap di Gunung Kinabalu dan menjadi viral di media sosial.
Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, kenyataan yang dibuat Dumlao mungkin kerana dia trauma selepas terperangkap dalam bencana itu dan tidak mengetahui apa yang berlaku.
"Perasaan trauma yang dilalui Dumlao mungkin telah mempengaruhi beliau, mengenai usaha sebenar yang dijalankan bagi menyelamatkan mangsa.
"Beliau mengingati semula pengalaman yang menyeksakan jiwanya ketika terperangkap di Gunung Kinabalu, malim gunung yang membawa kumpulannya ke tempat selamat dan mengkritik pasukan penyelamat yang dikatakan lambat bertindak," katanya dalam satu kenyataan.
Mohamed Thajudeen berkata Dumlao dalam artikel itu berkata langit cerah dan membolehkan helikopter untuk mendarat dan menyelamatkan mereka tetapi beliau kecewa apabila helikopter tidak datang membantu.
Dumlao bertambah kecewa apabila dimaklumkan beliau dan kumpulannya hanya boleh diselamatkan keesokan harinya.
"Dia berada di puncak gunung. Bagaimanapun, di bawah puncak itu langit tidak cerah, ia diliputi awan yang tebal iaitu menghalang pandangan.
"Helikopter dihantar seperti yang dijanjikan, yang pertama pada 12.02 tengah hari tetapi helikopter tidak dapat menembusi awan. Dua kali juruterbang mencuba dan kedua-duanya gagal dilakukan," katanya.
Tetapi sebaik helikopter itu berjaya menembusi awan pada sebelah petang, namun juruterbang gagal pula untuk mendarat.
Walaupun helikopter itu berlegar beberapa kali tetapi disebabkan keadaan tanah dan cuaca, ia tidak dapat mendarat dengan selamat dan boleh membahayakan semua orang yang berada di atas gunung, kata Mohamed Thajudeen.
"Penyelamat dihantar dalam tiga peringkat bermula 9.30 pagi, 1.35 tengah hari dan 3.30 petang.
"Pasukan pertama tiba di KM6.5, mereka bertemu satu kumpulan yang pendakinya tercedera dan membawa kumpulan itu ke kem Laban Rata. Bila dua lagi kumpulan tiba di Laban Rata, mereka dinasihatkan oleh malim gunung agar tidak meneruskan pendakian.
Batu yang berjatuhan dan perubahan landskap gunung itu menyebabkan gunung itu berbahaya untuk dinavigasi dalam keadaan gelap.
"Saya tidak mengetepikan pandangannya dan saya tidak mempertikaikannya. Bagaimanapun, daripada laporan hospital yang kami terima berhubung bedah siasat mangsa, mereka mati serta-merta. Sekali lagi andaian Dumlao tidak benar," katanya.
Mohamed Thajudeen berkata, bagaimanapun bagi mangsa lain yang terselamat, Rahimi Hadzri, yang diselamatkan pasukan penyelamat awam telah memuji kecekapan pasukan itu dan mengakui mereka telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas di atas gunung tersebut.
"Walaupun Dumlao dan Rahimi mempunyai pandangan berbeza tentang apa yang berlaku, tidak bermakna hanya seorang yang betul. Fakta yang dipertikaikan itu sebenarnya pasukan penyelamat dan malim gunung telah bekerjasama untuk menyelamatkan semua pendaki yang terkandas.
"Cerita daripada kedua-dua pihak membuktikan bahawa penyelamat, sama ada mereka daripada kerajaan atau badan bukan kerajaan telah membuktikan mereka adalah berpengalaman, bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugas mereka," katanya.
Bernama
Fri Jun 12 2015
MOHAMED THAJUDEEN: Kenyataan yang dibuat Dumlao mungkin kerana dia trauma selepas terperangkap dalam bencana itu dan tidak mengetahui apa yang berlaku.
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ekspedisi ke Gunung Kinabalu dilarang sehingga disahkan selamat - Menteri Singapura
Larangan itu hanyalah sehingga keselamatan di Gunung Kinabalu disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Heng Swee Keat.
Pemeriksaan percuma, diskaun untuk kereta Perodua rosak akibat gempa
Perodua akan bayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 selain menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tulen.
AirAsia bantu angkut barang bantuan mangsa gempa ke Kota Kinabalu
Kumpulan pertama barangan itu mengandungi 350 helai jaket dijadual berlepas dari KLIA2 jam 9.29 malam ini.