KULAI: Kerajaan Perpaduan menyokong usaha untuk menjadikan media tempatan bebas dalam membuat laporan berita menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, langkah itu adalah sebagai satu kaedah semak dan imbang, dengan agensi media dan individu perseorangan perlu dipertanggungjawabkan terhadap pelaporan berita mereka.
"Sudah pasti (menyokong kebebasan media tempatan), tetapi media perlulah bertanggungjawab terhadap laporan mereka agar tiada pertelingkahan timbul, kerana kadangkala kita terima aduan daripada masyarakat awam contohnya ada gambar kanak-kanak bawah umur dipaparkan, berita palsu atau 'berat sebelah', itu bukan pelaporan yang bertanggungjawab.
"..sekiranya tindakan terhadap media diambil oleh kerajaan, itu akan menimbulkan persoalan adakah wujud motif di sebalik tindakan itu, jadi lebih baik satu badan bebas ditubuhkan demi kebaikan industri media tempatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Amal Putra IOI di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada penubuhan MMC bakal memberi jaminan kebebasan media tempatan secara sepenuhnya atau sebaliknya.
Justeru, Teo berharap Rang Undang-Undang (RUU) berhubung penubuhan MMC boleh dibawa ke Parlimen tahun ini agar usaha menubuhkan majlis berkenaan dapat direalisasi dalam waktu terdekat.
Beliau berkata dengan adanya MMC yang bakal dikendali pihak industri sendiri, ia mampu meningkatkan imej dan kredibiliti agensi media tempatan dalam kalangan masyarakat.
Katanya ahli MMC akan melibatkan beberapa kategori dengan majoriti daripadanya merupakan pemain industri media tempatan.
"Kategori pertama adalah pemilik syarikat atau agensi media, kedua adalah petugas media atas kapasiti individu dan ketiga pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan industri media termasuk ahli akademik.
"Beberapa wakil kerajaan akan turut serta (sebagai ahli majlis) namun majlis itu akan tetap dikendalikan sepenuhnya oleh pemain industri sendiri bagi memastikan ia bebas daripada kawalan kerajaan," katanya.
Pada 11 Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilaporkan berharap Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan MMC boleh dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini sama ada dalam sesi Oktober, atau mungkin Februari atau Mac 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
![MMC: Kerajaan sokong media tempatan diberi kebebasan dalam laporan berita MMC: Kerajaan sokong media tempatan diberi kebebasan dalam laporan berita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684024852_TBTeoNieChing.jpg)
Kata Teo, ahli MMC akan melibatkan beberapa kategori dengan majoriti daripadanya merupakan pemain industri media tempatan. - Gambar fail/Astro AWANI
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738601245_TBgavel.jpg)
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
![Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737448883_FahmiFadzil.jpg)
Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
Ia bertujuan memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform untuk rakyat semak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.
![Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/71513489271_tnb.jpg)
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
![Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716182713_Ashwad.jpg)
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
![LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730693260_LHDNburuwargaasi.jpg)
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
![Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730463418_TBmediasosial.jpg)
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
![Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730374991_tbSHUMAstroA.jpg)
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
![Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730270313_LimHuiYing.jpg)
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
![AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651742253_PengurusBesarPertu.jpg)
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
![COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728628153_MuhammadZaki.jpg)
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU