KUALA TERENGGANU: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang memusnahkan habitat helang laut atau haliaeetus leucogaster yang bersarang di menara telekomunikasi di tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Setiu.
MNS Cawangan Terengganu melalui kenyataan pada Sabtu berkata, tindakan itu menyebabkan kemusnahan habitat hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah (Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, 2014) itu tidak wajar berlaku.
"Pada November 2021, sepasang helang laut dilihat membuat sarang di sebuah menara telekomunikasi di Hulu Terengganu.
"Pada 31 Januari 2022 pula, sarang yang sama mengandungi sebiji telur dan seekor anak burung baru menetas.
"Sepasang burung jantan dan betina juga dilihat kerap membawa makanan dan kembali ke sarang tersebut namun pada 16 Februari, sarang aktif yang mengandungi anak burung hidup itu telah hilang," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, perkara yang sama dilihat berlaku di Kuala Nerus membabitkan sarang burung helang laut berusia beberapa tahun dan dilihat mengandungi seekor anak burung pada 14 Mac dimusnahkan pada 18 Mac lalu.
"Kita menjangkakan sarang burung tersebut telah dimusnahkan atau anak burung diperdagangkan secara haram oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Ia bukan perkara baharu. Pada Januari 2021, MNS Terengganu pernah memaklumkan bahawa sarang aktif yang mengandungi anak burung spesies helang yang sama juga telah dimusnahkan oleh pengendali di sesebuah menara telekomunikasi di Merang di Setiu," jelas kenyataan tersebut.
Justeru, MNS berharap syarikat telekomunikasi di negara ini mempunyai tanggungjawab untuk beroperasi tanpa mengakibatkan kemusnahan hidupan liar.
Kata kenyataan itu lagi, negara lain mempunyai protokol yang menyokong kewujudan bersama manusia dan hidupan liar melibatkan menara telekomunikasi khususnya tempat pembiakan beberapa burung pemangsa liar.
MNS menjelaskan, menara berkenaan menjadi pilihan burung pemangsa kerana mempunyai platform yang stabil, lokasi yang strategik serta ketinggian optimum menyebabkan burung spesis itu cenderung menggunakan semula sarang yang sama setiap tahun.
"Antara yang boleh dilakukan ialah mengubahsuai struktur menara seperti menambahkan platform di lokasi yang lebih selamat dan jauh daripada peralatan yang digunakan oleh pekerja penyelenggara menara.
"Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk merakam kitaran pembiakan burung pemangsa boleh dilakukan malah penyiaran rakaman secara langsung dapat mempamerkan usaha pemuliharaan binatang liar oleh syarikat-syarikat telekomunikasi," jelas kenyataan tersebut.
Selain itu katanya, terdapat pelbagai cara untuk sesebuah menara beroperasi dengan selamat apabila burung pemangsa memilih untuk bersarang di situ.
Jelasnya, jika sarang aktif ditemui, spesies burung yang dilindungi sepenuhnya itu tidak boleh dimusnahkan tetapi perlu dibiarkan tanpa gangguan sehingga anak burung itu terbang meninggalkan sarangnya.
"Sebaik sahaja ia meninggalkan sarang, kerja-kerja penyelenggaraan menara boleh dijalankan.
"Jika lokasi sesebuah sarang burung bakal menjadi masalah serius terhadap keselamatan dan operasi menara, tinjauan berkala boleh dilakukan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 10 2022

Seekor helang laut dilihat sedang membuat sarang di sebuah menara telekomunikasi di Terengganu. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MNS kesal sarang helang laut dimusnahkan
MNS berharap syarikat telekomunikasi di negara ini mempunyai tanggungjawab untuk beroperasi tanpa mengakibatkan kemusnahan hidupan liar.