KETAGIHAN didefinisikan sebagai obsesi terhadap bahan atau kelakuan yang merugikan diri sendiri. Ia melibatkan ketergantungan kronik dan kompulsif terhadap sesuatu bahan mahupun kelakuan yang menjadikan kehidupan sehari-harian tidak lagi teratur apatah lagi boleh menjadikan seseorang di luar kawalan sehingga seseorang boleh hilang diri sendiri.
Akibatnya wujud pelbagai masalah dari segi fizikal dan mental, hubungan, serta pekerjaan, sehingga ada ketagihan yang membawa kepada maut.
Namun, dengan kaedah pengawalan dan pencegahan yang betul dan terbukti, ia boleh diatasi sekali gus mampu memperbaiki kualiti hidup.
Walaupun begitu, apa yang menjadi persoalan pada masa kini ialah tahap evolusi sesuatu ketagihan sehingga modaliti rawatan yang digunakan juga memerlukan pengubahsuaian.
Pakar Psikologi Kaunseling, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Solace Asia, Profesor Adjung Dr. Prem Kumar Shanmugam, dan Pengerusi Persatuan Pengurangan Kemudaratan Malaysia (MSHR), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh mengupas beberapa isu mengenai modaliti rawatan ketagihan moden yang mana, menurut mereka, ketagihan melibatkan ubatan tidak sah atau dadah telah melalui pelbagai evolusi sehinggakan rawatan konvensional atau tradisional sudah tidak menepati keperluan.
Jelas mereka, ini memaksa pihak pengawal selia termasuk pakar penyelidikan dan kesihatan untuk tampil dengan usaha untuk mengkaji semula modaliti rawatan baharu.
Kedua-dua Dr. Prem dan Dr. Sharifa ditemui dalam satu temuramah khas bersama Astro AWANI ketika Persidangan Evolving Treatment Methodologies in Addiction (ETMA) di ibu negara baru-baru ini.
Persidangan ini bertujuan untuk meneroka kemajuan dalam modaliti dan dasar rawatan ketagihan sekaligus memberi pencerahan tentang cabaran dan penyelesaian inovatif rawatan ketagihan.
Mengkaji Semula Modaliti Rawatan Tradisional
Kebimbangan utama yang diutarakan mengenai kaedah rawatan tradisional atau konvensional ialah keberkesanannya yang terhad.
“Orang ramai perlu sedar bahawa bahan ketagihan baharu, seperti dadah sintetik sudah mula menguasai pasaran menyebabkan kerumitan kepada kaedah rawatan tradisional. Ubatan terlarang atau dadah bukan lagi berasal dari bahan semulajadi seperti tumbuhan atau kimia semula jadi sebaliknya ia berevolusi sehingga sukar untuk dicegah menggunakan kaedah tradisional,” kata Dr. Prem.
Manakala, Dr. Sharifa pula menunjukkan beberapa paparan video dengan tajuk Zombie Drug, yang menunjukkan penagan dadah sintetik xylazine yang menjadikan penagih berkeliaran tanpa tuju dan dalam keadaan lupa diri dan seperti ‘zombie’.
Beliau akui, dadah bukan opioid, digunakan secara berleluasa membawa kepada kesan buruk, seperti masalah tingkah laku dan kesihatan yang teruk dalam komuniti. Ia dapat dilihat berlaku di beberapa bandar raya di Amerika Syarikat.
Oleh yang demikian, Dr. Sharifa menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi untuk tujuan kawal selia, terutamanya dalam mengesan dan memantau titik panas penagih. Beliau menekankan keperluan badan penguatkuasa menggunakan teknologi terkini untuk memerangi trend ketagihan secara lebih berkesan.
“Secara keseluruhan, teknologi baharu dan terkini sahaja mampu memerangi ketagihan moden ini. Antaranya, teknologi penyiaran dan komunikasi digunakan untuk meningkatkan kesedaran dan memperbanyakkan ilmu mengenai kesan ketagihan,” ujar Dr. Prem.
Menurut kedua-dua mereka, terdapat beberapa pendekatan inovatif untuk rawatan ketagihan yang telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan. Antara yang disenaraikan Dr. Prem dan Dr. Sharifa ialah rawatan tembakau seperti di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, New Zealand dan Australia di mana produk tembakau digunakan sebagai alternatif dalam vape, snus dan produk tembakau yang dipanaskan seperti IQos.
Produk ini, kata mereka, menyalurkan nikotin tanpa membakar tembakau, mengurangkan ketagihan tembakau. Walau bagaimanapun, Malaysia belum menerima sepenuhnya alternatif ini dan mungkin perlu mengawal selianya dengan lebih berkesan agar tidak disalah guna.
“Berbanding model ‘berhenti langsung’ yang mungkin tidak berkesan untuk semua orang, pendekatan pengurangan bahaya demi pemulihan lebih mampan. Misalnya berbanding mengarahkan seseorang berhenti merokok, sebaiknya, kita minta dia kurangkan rokok secara berperingkat untuk mencapai tahap berhenti. Ia juga sama dengan ketagihan dadah,” kata Dr. Prem.
Beliau mengambil contoh terapi Rangsangan Magnetik Transkranial (TMS) dan Terapi Elektrokonvulsif (ECT) yang sedang diterokai, bersama-sama dengan model terapi baharu seperti Penyahpekaan dan Pemprosesan Mata (EMDR), hipnosis dan terapi berfokuskan penyelesaian.
Kerjasama pelbagai pihak menggabung input berkesan
Dalam pada itu, Dr. Sharifa berkata sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta harus bekerjasama dalam menangani keperluan individu yang bergelut dengan ketagihan. Beliau menyeru pendekatan multi-kolaboratif yang menggabungkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan penjagaan yang berkesan dan inklusif.
Dr. Prem menyuarakan sentimen Dr. Sharifa, iaitu menonjolkan keperluan sistem penjagaan kesihatan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ketagihan.
“Saya akui bahawa penting untuk kita sentiasa mengikuti perkembangan dalam rawatan ketagihan dan memupuk kerjasama antara profesional penjagaan kesihatan dan penggubal dasar,” ujar beliau.
Antara kaedah yang disaran ialah dengan memupuk pemulihan menerusi kesedaran, pendidikan dan dasar atau polisi. Dr. Prem dan Dr. Sharifa berkata pendekatan holistik penting dalam menanggani punca ketagihan dan menggalakkan persekitaran yang menyokong untuk pemulihan jangka panjang.
“Memandangkan kita berdepan cabaran yang berterusan seperti krisis opioid dan kemunculan bahan ketagihan baharu, peningkatan kerjasama antara pihak berkepentingan untuk menangani sifat ketagihan yang pelbagai rupa perlu diterapkan,” kata Dr. Sharifa.
Kesimpulannya, memandangkan landskap ketagihan terus berkembang, modaliti rawatan perlu disesuaikan menerusi inovasi, kerjasama dan komitmen terhadap pemulihan yang mampan.
Nizha Periaswamy
Wed Apr 10 2024
![Modaliti rawatan inovatif perangi ketagihan moden Modaliti rawatan inovatif perangi ketagihan moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712678466_DoktorSakitJiwa.jpg)
Dr. Prem Kumar Shanmugam dan Dr Sharifa Ezat Wan Puteh memberitahu, terdapat beberapa pendekatan inovatif untuk rawatan ketagihan yang telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan.
#Ringkas 5 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Februari 2025
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
![Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738740708_SAMSUNGS.jpg)
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
![Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
![Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738753006_TronohPaulYongCho.jpg)
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
![Aplikasi judi sebabkan kerosakan yang tidak dapat dibayangkan di sebalik peningkatan kasino di dalam poket Aplikasi judi sebabkan kerosakan yang tidak dapat dibayangkan di sebalik peningkatan kasino di dalam poket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729854187_TBONLINEGAMBLE.jpg)
Aplikasi judi sebabkan kerosakan yang tidak dapat dibayangkan di sebalik peningkatan kasino di dalam poket
Beberapa kesan ketagihan perjudian diketahui umum, seperti kesan terhadap kewangan, pekerjaan, hubungan dan kesejahteraan mental.
![Modaliti rawatan inovatif perangi ketagihan moden Modaliti rawatan inovatif perangi ketagihan moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712678466_DoktorSakitJiwa.jpg)
Modaliti rawatan inovatif perangi ketagihan moden
Terdapat beberapa pendekatan inovatif untuk rawatan ketagihan yang telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan.
![Lindungi minda kanak-kanak daripada ketagihan aktiviti, permainan dalam talian Lindungi minda kanak-kanak daripada ketagihan aktiviti, permainan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696606750_mentalvidgames.jpg)
Lindungi minda kanak-kanak daripada ketagihan aktiviti, permainan dalam talian
Apabila penggunaan media sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat, kesannya terhadap kesihatan mental semakin membimbangkan.
![GEG 2022: Jualan produk tembakau menerusi pasaran haram dibimbangi meningkat - Pakar GEG 2022: Jualan produk tembakau menerusi pasaran haram dibimbangi meningkat - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612194366_Cigarette.jpg)
GEG 2022: Jualan produk tembakau menerusi pasaran haram dibimbangi meningkat - Pakar
Pembelian produk tembakau dibimbangi meningkat sekiranya Rang Undang-Undang Generasi Penamat Rokok (GEG) mengetepikan soal pengurangan kemudaratan (Harm Reduction) tegas Pakar Kesihatan.
![Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654856363_TBrokok.jpg)
Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin
Sejak diperkenalkan, penggunaan methadone terbukti berkesan apabila kes jangkitan HIV membabitkan pengguna dadah secara suntikan (IDU) mencatatkan penurunan signifikan.
![Malaysia di tempat ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar - Kajian Malaysia di tempat ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613118056_MobileAddict.jpg)
Malaysia di tempat ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar - Kajian
Malaysia berada di tempat ketiga di belakang China dan Arab Saudi, manakala Jerman dan Perancis mempunyai kadar ketagihan paling rendah.
![Menteri Muda Sarawak dedah sindiket edar dadah percuma untuk pelajar Menteri Muda Sarawak dedah sindiket edar dadah percuma untuk pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626874842_FrancisHardenHolli.jpg)
Menteri Muda Sarawak dedah sindiket edar dadah percuma untuk pelajar
Datuk Francis Harden Hollis mendedahkan ada sindiket di Sarawak yang mengedar dadah secara percuma kepada pelajar sekolah sebagai taktik menjebak mereka menjadi penagih.
![Reunion siri Friends, peminat bimbang keadaan Matthew Perry Reunion siri Friends, peminat bimbang keadaan Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621567165_friends.jpg)
Reunion siri Friends, peminat bimbang keadaan Matthew Perry
Perry bergelut dengan masalah dadah sejak berusia 20-an dan berterusan selepas memegang peranan sebagai Chandler Bing dalam Friends bermula tahun 1994.
![Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/51576557387_TBPUBG.jpg)
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
![Guna kas kas sebagai pelaris, pemilik restoran 'mi gian' ditahan Guna kas kas sebagai pelaris, pemilik restoran 'mi gian' ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577059565_TBSnailRiceNoodle.jpg)
Guna kas kas sebagai pelaris, pemilik restoran 'mi gian' ditahan
Tindakan itu dilakukan agar perniagaannya laris apabila pelanggan ketagihan dan sering mengunjungi restorannya.