Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mengemas kini modul dalam talian bagi permohonan pengecualian duti kastam atau Modul Permohonan Dalam Talian JPC yang akan dilancarkan pada 24 Julai ini.
Dalam kenyataan semalam, MIDA berkata syarikat-syarikat akan dapat mengemukakan permohonan baharu, lanjutan, kuantiti tambahan, pindaan serta rayuan bagi duti import dan/atau pengecualian cukai bagi bahan mentah/komponen bagi aktiviti dalam sektor pembuatan serta duti import dan/atau pengecualian cukai jualan terhadap jentera/peralatan bagi aktiviti tertentu dalam sektor pertanian dan perkhidmatan, secara dalam talian.
"Modul Permohonan Dalam Talian JPC yang dipertingkatkan itu adalah antara inisiatif transformasi digital MIDA atau Sistem Transformasi Perusahaan (e-TRANS) untuk mempertingkatkan kecekapan pelbagai fungsi organisasi.
"Modul ini juga akan disepadukan serta diakses oleh kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran aliran data dan maklumat," kata Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud.
Beliau berkata, modul itu turut disesuaikan dengan sistem uCustom Jabatan Kastam Diraja dan dijangka dapat meningkatkan lagi kemudahan untuk pihak berkepentingan menjalankan perniagaan masing-masing.
Azman berkata kemudahan pengecualian cukai akan turut memberi lebih banyak fleksibiliti dari segi aliran tunai untuk syarikat.
Platform digital yang dipertingkatkan itu juga sebagai tambahan kepada inisiatif-inisiatif MIDA sebelum ini seperti modul Surat Pengesahan MIDA untuk kalangan pengilang, operator hotel, operator pengangkutan selain syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi menuntut duti import dan/atau pengecualian cukai bagi jentera, peralatan dan alat ganti daripada Kastam.
Baru-baru ini, MIDA turut melancarkan modul Lesen e-Pengilang (e-ML) yang membolehkan syarikat mengemukakan dan menjejaki permohonan dalam talian untuk lesen-lesen pembuatan baharu, pembesaran atau pempelbagaian projek serta surat pengesahan bagi pengecualian daripada Lesen Pengilangan (ICA10).
Modul Permohonan Dalam Talian JPC yang dipertingkatkan itu dapat diakses menerusi https://investmalaysia.mida.gov.my pada 9 pagi, 24 Julai ini.
Berikutan itu, sistem JPC sedia ada tidak lagi berfungsi berkuat kuasa pada 2 petang, 23 Julai, 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020

Platform digital yang dipertingkatkan itu juga sebagai tambahan kepada inisiatif-inisiatif MIDA sebelum ini.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Arham Abdul Rahman jadi CEO MIDA
Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman telah dinaikkan pangkat sebagai CEO berkuat kuasa hari ini.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif walaupun ketidaktentuan global, dengan sejumlah US$26.4 bilion (US$1 = RM4.04) pelaburan telah diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

Loji tenaga solar Hanwha Energy mulakan operasi di Perlis
Pelaburan memerlukan masa yang panjang kerana ia melibatkan sejumlah besar modal.

Modul permohonan JPC terkini dilancarkan 24 Julai ini - MIDA
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mengemas kini modul dalam talian bagi permohonan pengecualian duti kastam atau Modul Permohonan Dalam Talian JPC yang akan dilancarkan pada 24 Julai

MIDA mahu jadikan Malaysia pusat pengedaran alat ganti serantau
Datuk Azman Mahmud berkata MIDA mahu pelabur yang berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran alat ganti serantau.