KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan mahu terus menyinar tahun hadapan dengan meletakkan misi pertamanya untuk memburu sekurang-kurangnya kedudukan keempat di ranking kelayakan Olimpik sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Badang negara berusia 21 tahun itu berkata, untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kilogram (kg) di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
"Jurulatih memang sasar untuk kejar angkatan 305kg, kalau buat angkatan dalam 300kg saya kira akan menghuni ranking keempat dunia dan itu sasaran saya sebelum ke Olimpik tahun depan.
"Sekarang saya sudah di ranking ketujuh dunia, selepas kejohanan di Qatar dua minggu lepas dan saya harap tiada yang mampu memotong kedudukan ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa
Awal Disember lepas, atlet kelahiran Johor itu melakar kejayaan sensasi dengan meraih dua pingat di Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar.
Lebih manis, kejayaan Mohamad Aniq itu menyaksikan beliau memperbaharui rekod kebangsaan 291kg miliknya sendiri semasa memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lepas.
Pencapaian itu sekali gus meletakkan Mohamad Aniq di kedudukan ketujuh ranking kelayakan Olimpik dan penyertaan pada Sukan Olimpik dihadkan kepada atlet di kedudukan 10 terbaik ranking kelayakan Olimpik sahaja.
Namun, ia belum menjamin slot buat Mohamad Aniq untuk ke temasya berprestij itu memandangkan ranking kelayakan akan sering berubah dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Mohamad Aniq berkata, jurulatihnya, Edmund Yeo akan memberi tumpuan untuk memberi tekanan bagi acara snatch dalam persediaan ke piala dunia.
"Sekarang saya sedang rehat, tapi untuk Januari nanti jurulatih akan beri latihan berintensiti tinggi selain tekankan untuk acara snatch, sebab masa di Qatar saya rasa ada kelemahan yang banyak pada snatch.
"Kami akan teruskan latihan di tanah air, sebelum bulan Mac kami akan ke Shanghai, China untuk sertai kem latihan, saya rasa di Shanghai saya akan lebih fokus dan bantu saya ke piala dunia," katanya.
Piala Dunia 2024 akan berlangsung di Phuket, Thailand bermula 2-11 April tahun depan.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangannya yang kini berada dalam program Road to Gold (RtG), pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu berkata, kemudahan yang disediakan program itu nyata banyak membantu beliau untuk meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.
"Dengan kemudahan yang saya terima juga, sedikit sebanyak jadi pembakar semangat untuk saya teruskan prestasi cemerlang supaya saya kekal berada dalam program ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Mohamad Aniq berkata, jurulatihnya, Edmund Yeo akan memberi tumpuan untuk memberi tekanan bagi acara snatch dalam persediaan ke piala dunia. - Gambar Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.