Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah meletakkan kesemua jawatan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) pada akhir Jun lepas bagi membolehkan beliau bebas dan berlaku adil dalam menjalankan tugasnya sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.
Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan keputusan yang dibuat sepanjang memegang jawatan tertinggi Dewan Rakyat itu tidak terikat dengan jawatan dalam parti politik yang disertainya sebelum ini.
"Semua jawatan itu telah dilepaskan lebih awal daripada 1 Julai, mungkin pada 26 atau 28 Jun lepas atau lebih awal lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir mendedahkan Mohamad Ariff yang sebelum ini menjadi anggota Majlis Penasihat Pakar AMANAH merangkap pengerusi lembaga disiplin dan tata tertib telah melepaskan semua jawatan beliau itu berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Mengenai tindakan wakil rakyat pembangkang keluar dewan selepas membantah pelantikannya, Mohamad Ariff berkata beliau percaya tindakan itu menunjukkan hak demokrasi dan kebebasan bersuara diamalkan dalam Malaysia Baharu.
Beliau turut meminta rakyat memberi masa untuk melihat apa perubahan yang telah dibawa dan apa yang perlu diperbaiki termasuk demokrasi di Parlimen dan pelantikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
"Kami akan tunggu dan lihat. Ini adalah perkara yang perlu dibincang, saya tidak boleh membuat keputusan sendiri. Kami akan membincang dan melihat bagaimana untuk memperbaiki prosedur dan pretasi Parlimen dan matlamat kami untuk mempunyai Parlimen yang lebih baik. itulah visi yang mahu kami capai," katanya.
Mengenai isu larangan liputan terhadap media di lobi Parlimen yang dikenakan oleh pendahulunya, Tan Sri Pandikar Amin Mula, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Komunuikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 16 2018

Semua jawatan itu telah dilepaskan lebih awal daripada 1 Julai, mungkin pada 26 atau 28 Jun lepas atau lebih awal lagi. - Foto Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Masyarakat kena ada ilmu pertolongan cemas
Badan sukarela dan persatuan penduduk kena ambil inisiatif untuk mendapatkan kemahiran menyelamat. Sudah tentu pihak seperti bomba boleh membantu.