KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan kerja ke Indonesia bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-Plus ke-10, di Jakarta yang bermula pada 15 hingga 16 November.
Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua hari dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, selaku Pengerusi ADMM dan ADMM-Plus bagi tahun 2023.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan memaklumkan, kehadiran Mohamad bersama delegasi Malaysia ke ADMM ke-17 dan ADMM-Plus ke-10, amat penting bagi memperlihatkan kepimpinan Malaysia dan kesatuan ASEAN dalam membincangkan isu-isu pertahanan, keselamatan peringkat serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
"Mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus juga merupakan satu langkah membina keyakinan dalam mendepani situasi semasa, serta meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam mendepani isu-isu pertahanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
"ADMM dan ADMM-Plus ini merupakan platform utama untuk negara anggota ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN dalam meningkatkan kebolehoperasian dan kebersamaan antara angkatan tentera negara masing-masing dalam bidang-bidang yang dikenal pasti," kata Mindef pada Khamis.
Mindef menambah, penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus menandakan komitmen berterusan negara kepada ASEAN, yang mana Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas kepada organisasi yang telah ditubuhkan pada 1967.
Selain mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus, Mohamad telah menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi ASEAN-US dan ASEAN-Japan.
Dalam masa sama, Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Indonesia, selaku Pengerusi ASEAN 2023 atas kejayaan penganjuran Mesyuarat ADMM ke-17 dan ADMM- Plus ke-10.
Mindef berkata, kementerian telah mula membuat persiapan bagi mesyuarat yang sama, di mana bakal dipengerusikan oleh Malaysia pada 2025.
Terdapat lapan Rakan Dialog ASEAN iaitu Amerika Syarikat (AS), Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, serta Rusia.
Dalam hal ini, Malaysia dan Pengerusi Bersama Korea Selatan baru sahaja menamatkan kepengerusian bersama bagi ADMM-Plus Experts’ Working Group on Cyber Security (ADMM-Plus EWG on CS) bagi kitaran 2021-2023.
Malaysia seterusnya akan mempengerusikan bersama dengan India bagi ADMM-Plus EWG on Counter Terrorism (CT) bagi kitaran 2024-2027.
Astro Awani
Thu Nov 16 2023
![Mohamad Hasan ketuai delegasi hadir ADMM ke-17, ADMM-Plus ke-10 di Indonesia Mohamad Hasan ketuai delegasi hadir ADMM ke-17, ADMM-Plus ke-10 di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700118473_TBADMMMohamadHasan.jpg)
Mohamad (empat dari kiri) mengadakan lawatan kerja ke Indonesia bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-Plus ke-10, di Jakarta, Indinesia. - Foto Kementerian Pertahanan
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Mohamad Hasan ketuai delegasi hadir ADMM ke-17, ADMM-Plus ke-10 di Indonesia Mohamad Hasan ketuai delegasi hadir ADMM ke-17, ADMM-Plus ke-10 di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700118473_TBADMMMohamadHasan.jpg)
Mohamad Hasan ketuai delegasi hadir ADMM ke-17, ADMM-Plus ke-10 di Indonesia
Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus menandakan komitmen berterusan negara kepada ASEAN.
![Menteri Pertahanan ketengahkan pendirian Malaysia mengenai konflik Gaza pada mesyuarat ADMM Menteri Pertahanan ketengahkan pendirian Malaysia mengenai konflik Gaza pada mesyuarat ADMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700038807_TBDATOSERIMOHAMA.jpg)
Menteri Pertahanan ketengahkan pendirian Malaysia mengenai konflik Gaza pada mesyuarat ADMM
Datuk Seri Mohamad Hasan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 di Jakarta pada Rabu.
![Lawatan Mohamad Sabu ke Singapura ulang tegas hubungan pertahanan Lawatan Mohamad Sabu ke Singapura ulang tegas hubungan pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539900108_MATSABU.jpg)
Lawatan Mohamad Sabu ke Singapura ulang tegas hubungan pertahanan
Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) berkata Mohamad melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatannya Dr Ng Eng Hen di kementerian pagi Khamis.
![ADMM: Inisiatif rondaan Selat Melaka diteruskan, kata Hishammuddin ADMM: Inisiatif rondaan Selat Melaka diteruskan, kata Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442165445_HishammuddinHussein.jpg)
ADMM: Inisiatif rondaan Selat Melaka diteruskan, kata Hishammuddin
Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand hari ini bersetuju untuk meneruskan inisiatif Rondaan Selat Melaka untuk membanteras rompakan dan memastikan keselamatan kapal yang melalui Lautan Hindi.