KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan, esok bagi membincangkan penanaman padi berskala besar di negeri itu.
Mohamad berkata ini merupakan antara usaha kementerian dalam menangani isu keterjaminan makanan berkaitan beras selain akan berbincang mengenai kerjasama dengan pihak swasta untuk menjayakan perkara itu.
"Kita akan buka ladang-ladang padi kita di Sabah tak lama lagi dan esok saya akan jumpa Menteri Pertanian Sabah untuk bincang bagaimana nak menanam padi secara berskala besar di sana. Usaha ini kalau kita buat dengan teknologi dan cara yang betul insya-Allah kita boleh capai.
"Kita akan cari jalan yang terbaik bagaimana nak hadapi masalah (bekalan beras) ini dalam jangka masa panjang, dalam jangka masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavillion Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata dalam menangani isu keterjaminan makanan, kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri diperlukan memandangkan bidang kuasa tanah terletak pada mereka.
Mengulas mengenai segelintir pihak yang menyalahgunakan tanah pertanian bagi tanaman padi kepada tanaman lain, Mohamad mengakui perkara itu berlaku mungkin disebabkan masalah pengairan di kawasan terlibat dan kementerian akan mengambil perhatian khas mengenai perkara terbabit.
Sementara itu, Mohamad berkata beliau telah mengarahkan agensi-agensi di bawah KPKM untuk memperkenalkan barangan keluaran Malaysia di luar negara terutamanya makanan susulan nilai eksport ke luar negara yang tidak seimbang.
"Import barang-barang makanan ke Malaysia dalam lingkungan RM75 billion, kita eksport di sekitar RM40 billion masih lagi tidak seimbang. Ucapan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebentar tadi menekankan soal memperkenalkan barangan buatan Malaysia khasnya dalam pemakanan.
"Kita juga ada pegawai di Rom (Itali), Amerika Syarikat, cuma kita harap mereka lebih aktif lagi dan badan-badan di bawah KPKM kita harap dapat bekerjasama dengan lebih hebat terutama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang paling utama," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk tidak melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu Dr Azman Ibrahim dalam program anjuran jabatan dan agensi di bawah KPKM di negeri itu.
"Tiada arahan apa-apa, kerja mereka ni memang suka berbohong," katanya.
Azman, menerusi hantaran di Facebook semalam mendakwa beliau menerima isyarat daripada beberapa ketua jabatan dan agensi di bawah KPKM yang berada di negeri itu bahawa ada arahan tidak bertulis daripada kementerian untuk tidak lagi melibatkannya dalam program-program jabatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Mohamad Sabu berkata ini merupakan antara usaha kementerian dalam menangani isu keterjaminan makanan berkaitan beras selain akan berbincang mengenai kerjasama dengan pihak swasta untuk menjayakan perkara itu. - Foto BERNAMA
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau.

Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.

Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.

Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.

Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.