SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mempertahankan tindakan melantik lima pemimpin politik sebagai pengerusi baharu badan berkanun di bawah kementeriannya.
Beliau menegaskan, pemilihan itu dibuat bukanlah atas kapasiti politik tetapi berdasarkan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi.
Selain itu katanya, mereka yang dilantik hanya mempengerusikan mesyuarat dan ada pakar yang akan bertindak sebagai penasihat.
“Pemilihan itu dibuat selepas melihat reputasi dan pembabitan mereka terbabit dalam masyarakat. Jawatan mereka hanya pengerusi, di bawah ada pakarnya, semuanya bekerjasama.
“Pengerusi hanya mempengerusikan mesyuarat dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) misalnya, banyak pakar di bawahnya. Penglibatan mereka (pengerusi) dalam masyarakat yang utama, kita tak boleh pilih orang yang berbentuk elit kerana mereka kena ambil tahu hal di bendang, hal nelayan.
“Jadi, rekod mereka dalam masyarakat yang paling utama," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan dan Ramah Mesra bersama warga KPKM di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Khamis.
Mohamad menjelaskan, tidak timbul isu lantikan dibuat sebagai ganjaran atau imbuhan buat mereka walaupun ada antaranya calon yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Ramai yang kalah dalam PRU15 tapi jadi menteri sekarang. Apa kamu nak kata? Prestasinya juga bagus, jadi itu bukan pengukur," katanya.
Pada Rabu, Mohamad telah memaklumkan pelantikan pengerusi lima badan berkanun persekutuan melibatkan pemimpin politik berkuat kuasa mulai 15 Mei ini setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara yang dilantik ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli; Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Azman Ismail dan Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 11 2023

Mohamad ketika berucap pada majlis perhimpunan dan ramah mesra bersama warga kementerian itu sempena Aidilfitri 2023 di MAEPS hari ini. - Foto Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau.

Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.

Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.

Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.

Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.