SEPANG: Kejayaan merangkul gangsa ujian masa 1 kilometer (km) lelaki C1 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Trek Berbasikal Para Dunia 2024 di Rio de Janeiro, Brazil, minggu lepas, terus melonjak semangat Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin memburu jersi pelangi pada kejohanan akan datang.
Jersi pelangi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) merupakan lambang kemegahan yang dipakai oleh juara bertahan setiap acara pada kejohanan dunia.
Walaupun mengulangi pencapaian pada edisi 2022 di Paris, Mohamad Yusof berkata semangatnya tidak pernah luntur malah akan terus berusaha keras pada sesi latihan bagi mencapai misi berdiri sebaris juara dunia lain satu hari nanti.
"Dahulu orang tanya saya apa matlamat saya untuk berlumba, saya hanya jawab nak jadi juara dunia. Sudah tentu pencapaian di Brazil bakar semangat untuk pakai jersi pelangi.
"Bagaimanapun, saya perlu tingkatkan kekuatan diri dan jaga disiplin untuk pegang gelaran juara dunia nanti.," katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Brazil di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Atlet berusia 26 tahun itu menyambar gangsa dengan catatan 1 minit 15.562 saat (s) manakala China menguasai dua kedudukan teratas podium menerusi Li Zhang Yu yang memenangi emas (1:10.608s) dan Liang Weicong pula meraih perak (1:13.292s).
Pelumba dari Kuala Kangsar, Perak, itu pada masa sama menyifatkan tahun 2024 sebagai musim terbaiknya setakat ini susulan pencapaian membanggakan bukan sahaja di Brazil malah menjadi wakil negara pertama menaiki podium pada Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya di Adelaide, Australia, Januari lepas.
Mohamad Yusof mencipta sensasi merangkul gangsa pada kejohanan berprestij di Adelaide dengan merakam masa 21:33.17s bagi acara ujian masa lebuh raya di belakang juara dari Sepanyol, Ricardo Ten Argiles (21:32.27s) dan pingat perak dibawa pulang wakil Jerman, Pierre Senska (21:32.27s).
Selepas Adelaide, beliau terus mengekalkan momentum kecemerlangannya dengan merangkul empat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024 di New Delhi, bulan lepas iaitu kejar mengejar individu lelaki C1, pecut berpasukan campuran C1-5 bersama Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali, scratch lelaki C1 serta ujian masa lelaki 1km C1.
Ditanya peluangnya menyumbang pingat pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris, beliau berkata akan cuba memberi kayuhan terbaik bagi mengejar impian tersebut sekiranya diberikan peluang beraksi pada temasya sukan berprestij dunia dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 Sept ini.
Sementara itu, jurulatih berbasikal para negara, Sallehudin Mohd Noh berkata Malaysia telah memperoleh dua kuota masing-masing satu untuk lelaki dan wanita oleh UCI bagi Sukan Paralimpik 2024 setakat ini.
Sallehudin, yang berharap Malaysia akan menambah kuota pelumba ke Sukan Paralimpik 2024, berkata pengumuman rasmi wakil negara yang akan beraksi di Paris hanya akan dibuat pihaknya selepas kempen kelayakan berakhir 30 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024

Mohamad Yusof (tengah) menunjukkan pingat gangsa yang dimenangi daripada Kejohanan Dunia Trek berbasikal UCI 2024 Paralimpik sewaktu tiba di KLIA, Sepang, semalam. Turut sama, jurulatih Sallehudin (kiri) dan Johari Nayan (kanan). --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohamad Yusof Hafizi ungguli ranking dunia berbasikal trek para
Ia berdasarkan kiraan mata dilakukan selepas temasya Paralimpik 2024 Paris, baru-baru ini.

UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.

Mohamad Yusof tekad buru jersi pelangi UCI
Mohamad Yusof berkata semangatnya tidak pernah luntur malah akan terus berusaha keras pada sesi latihan bagi mencapai misi sebagai juara.

TSG yakin mampu pertahan gelaran terbaik Asia
TSG yang berpangkalan di Kuala Terengganu turut optimis mampu melakar sejarah sebagai pasukan terbaik benua.

UCI setuju masukkan semula LTdL dalam kalendar dunia - Amarjit
Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bersetuju untuk memasukkan kembali kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL), dijadualkan pada 23-30 Sept ini, ke dalam kalendarnya.

'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.

Lima pasukan tuntut lebih RM1 juta daripada penganjur LTdL 2022
PKBM hari ini mendedahkan menerima surat daripada UCI berhubung tunggakan bayaran penganjur LTdL 2022 kepada lima pasukan bertanding.

Shah Firdaus terlepas gangsa, Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang membawa pulang pingat gangsa acara pecut individu lelaki Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.

Shah Firdaus raih perak keirin di Kaherah
Jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir semalam (

Hannah kagum mentaliti 'Pocket Rocketman'
Hannah melihat juara dunia keirin 2017 itu seorang atlet yang sangat dahagakan kemenangan serta sering berusaha untuk memperbaiki diri.