SINGAPURA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyampaikan perspektif Malaysia mengenai perkembangan dalam kerjasama keselamatan dua hala dan pelbagai hala di rantau Asia-Pasifik di Dialog Shangri-La ke-21, pada Ahad.
Beliau yang dijadual tampil sebagai ahli panel sesi plenari ketujuh bertajuk "Re-Imagining Solutions for Regional Stability" juga akan mengulas bagaimana bentuk kerjasama baharu ini berkemungkinan mempengaruhi landskap keselamatan serantau sedia ada.
Turut tersenarai sebagai panel dalam sesi berkenaan ialah Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, yang baharu disahkan penyertaannya oleh penganjur pada Sabtu.
Mohamed Khaled berada di Singapura sejak Khamis bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan (FDMM) Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Dialog Shangri-La.
Dialog Shangri-La dihoskan oleh Singapura sejak 2002, disertai Menteri-Menteri Pertahanan, pegawai-pegawai tertinggi tentera dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dari pelbagai negara.
Edisi tahun ini yang berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun menyaksikan kehadiran dari 45 negara, dengan 49 perwakilan peringkat menteri dan lebih 40 pegawai kanan pertahanan termasuk Ketua Angkatan Pertahanan serta ahli akademik terkemuka.
Sementara itu, Mohamed Khaled pada Sabtu turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Singapura Teo Chee Hean dan seterusnya melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lawrence Wong.
Dalam pertemuan dengan Teo, Mohamed Khaled antara lain menegaskan komitmen Malaysia dalam menjayakan FPDA yang dianggotai oleh kedua-dua negara serta isu-isu dan perkembangan geopolitik serantau dan global.
Ketika bertemu Wong di Istana, Menteri Pertahanan telah menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu.
Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Republik Maldives, Mohamed Ghassan Maumoon dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd James Austin III.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Mohamed Khaled akan mengulas bagaimana bentuk kerjasama baharu ini berkemungkinan mempengaruhi landskap keselamatan serantau sedia ada. - Gamnbar fail

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.

Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.