KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-29 berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Panglima Tentera Darat ke-28 Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang mula bercuti esok sebelum menamatkan perkhidmatan pada 21 Sept ini setelah hampir 43 tahun berkhidmat.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas jawatan nombor satu dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) itu disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohammad yang berpangkat leftenan jeneral telah dinaikkan pangkat kepada jeneral bagi menjawat tampuk pimpinan tertinggi TDM.
Mohammad yang dilahirkan pada 15 Mac 1964 di Machang, Kelantan telah berkhidmat lebih 35 tahun selepas ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Julai 1987.
Beliau merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja Cawangan Putra pada 1980 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di University Of North Carolina di Charlotte, Amerika Syarikat.
Sepanjang perkhidmatan dalam TDM, Mohammad telah memegang beberapa jawatan penting seperti Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Briged), Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Panglima Latihan Tentera Darat dan Panglima Medan Barat Tentera Darat.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Mohamad Hasan (kiri) memakaikan pangkat kepada Panglima Tentera Darat yang baharu Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima tugas Panglima Tentera Darat di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini. -Bernama
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Istiadat mengarak panji pamer dedikasi, kesetiaan ATM
Istiadat bersejarah itu turut disaksikan oleh duta luar negara untuk memperlihatkan ATM sebagai pasukan yang boleh dipercayai, taat dan sedia berjuang untuk raja dan tanah air.
Keprihatinan Agong pembakar semangat pertahan kedaulatan negara - Panglima ATM
Keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menjadi pendorong seluruh ATM berusaha memacu kecemerlangan angkatan tentera demi nusa dan bangsa.
Agong kurnia 293 pingat kepada anggota tentera, Panglima ATM terima PGAT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
ATM akan distruktur semula sebagai angkatan masa hadapan - PAT
ATM akan distruktur semula menjadi angkatan masa hadapan, dengan kredibiliti menepati kemajuan teknologi, cabaran masa hadapan dan menepati ekspektasi rakyat.
Sultan Nazrin berangkat sempurnakan pembukaan persidangan IPMHE 2023
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari berkenan berangkat menyempurnakan majlis pembukaan IPMHE 2023.
Mohammad dilantik Panglima ATM baharu, berkuat kuasa 6 September
Majlis serah terima tugas Panglima ATM berkenaan disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Muhammad Hafizuddeain dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu
Muhammad Hafizuddeain turut dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan mengambil alih jawatan nombor satu dalam Tentera Darat daripada Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
TDM dijangka terima dua Black Hawk - PTD
Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua daripada empat buah helikopter jenis Black Hawk pada hujung tahun ini.
TDM akan terima dua kepimpinan tertinggi baharu esok - PTD
Tentera Darat Malaysia (TDM)akan menerima beberapa kepimpinan tertinggi baharu bermula esok.
Kempen penerangan di sekolah tarik kaum bukan bumiputera sertai tentera - PTD
Kempen itu untuk memberi penerangan kepada kaum bukan bumiputera dan generasi muda mengenai peluang kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia.