KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata tanggungjawab besar itu diterima atas hasrat untuk bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bagi membangunkan negara termasuk dari aspek siasah dan masyarakat.
"Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendukung misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.
"Dari segi masyarakat, adalah untuk mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati dan bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum. Ya, perbezaan akan terus berlaku, namun yang penting kita mampu meraikan dan menerimanya dengan jiwa terbuka," katanya.
Mohammad Agus berkata tiga teras utama J-KOM iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat akan dilaksanakan mengikut acuan Malaysia Madani, seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni, dan sejahtera.
"Saya lihat episod PRU15 telah memisahkan masyarakat kita. Pengaruh media sosial telah membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.
"Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-KOM akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika yang betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan toleransi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur," katanya.
Beliau berkata J-KOM akan bekerjasama dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat bagi tujuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Mohammad Agus berkata tanggungjawab besar itu diterima atas hasrat untuk bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bagi membangunkan negara termasuk dari aspek siasah dan masyarakat. - Foto Facebook Mohammad Agus

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.

Calon KP J-Kom bakal diumum, struktur akan dirombak - Fahmi
Nama calon tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet dan pada masa yang sama kementerian itu dalam proses merombak struktur J-Kom.

Wahab sahkan identiti 'Mr H' kepada polis - Peguam
Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengupahnya merakam video adalah individu sama.

Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.

'Mr H' selesai beri keterangan - KPN
Polis mengesahkan individu yang dikenali sebagai "Mr H" berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai diambil keterangan hari ini.

"Mr H" tidak hadir beri keterangan kerana tidak sihat - KPN
Proses mengambil keterangan "Mr H" berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr

Video tular: Mohammad Agus dedah identiti 'Mr H'
Identiti "Mr H" yang didakwa terkait dengan video tular berkaitan dengan perbualan jelik telah didedahkan kepada pihak polis.

Bekas Ketua Pengarah J-KOM dipanggil hari ini di IPD Kajang - KPN
Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Belum ada laporan polis dari Wahab - PDRM
Polis belum menerima sebarang laporan dari Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berhubung dakwaan rakaman video perbualan tular.

Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil sekali lagi untuk dirakam keterangan pada Isnin.