KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak mudah melatah apabila ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kenyataan yang diberikannya terhadap sebarang isu yang mrmbabitkan permasalahan di negeri itu.
Bahkan, kata Mohd Amar, beliau tidak mempunyai sebarang masalah berhubung pihak yang sering mengkritik dan menghamburkan tohmahan terhadapnya.
"Saya tiada masalah orang nak kata apa-apa pun sebab saya tahu diri saya dan saya tahu apa jawapan yang saya berikan dan dalam konteks apa.
"Saya bukan Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Sedangkan Tok Guru pun ramai orang kata macam-macam," katanya ketika ditanya perasaannya sering menjadi mangsa kec aman warga netizen.
Mohd Amar turut menjelaskan, segelintir netizen tidak memahami konteks penyampaian beliau berhubung sesuatu penjelasan yang dibuat.
"Mereka (netizen) tidak tahu konteks kita bercakap. Sebab ini pun masalah dari akhbar juga. Cara akhbar membawa satu-satu berita itu, penuh sensasi, jadi orang yang tak tahu latar belakang, mereka dia hanya tengok tajuk dan hentam.
"Mereka tak tahu kita bercakap dalam konteks macam mana dan bagaimana kita respon kepada soalan. Saya tak buat kenyataan media secara terbuka, saya hanya respon kepada soalan dan hanya menjawabnya. Setiap jawapan bergantung kepada soalan. Setiap soalan yang baik akan memperoleh jawapan yang baik," katanya selepas melancarkan majlis perasmian Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri Kelantan 2022, di sini, hari ini.
Tambah beliau, perkara ini menjadi sensasi apabila isu pawagam diperbesarkan sedangkan ia bukan isu yang besar dan tidak ada seorang pun yang melakukan protes secara terbuka.
"Peluang untuk berhibur itu masih banyak. Banyak cara dan ia tetap terbuka. Ketiadaan pawagam bukan satu isu. Lainlah kalau kita tutup semua komunikasi sampai orang nak tengok Netflix pun tak boleh.
"Itu hak masing-masing. Bukan saya nak menggalakkan benda tak baik. Sebab sudah ada Netflix… ada yang bagus ada yang tak bagus. Memang kita tahu ada filem- filem yang tak sesuai dan ada cerita yang baik dan tak baik. Saya tengok dalam Netflix ada filem baik. Jadi kita kena tahu memilih," kata Mohd Amar menitip pesanan.
Wanna Abd Rahim
Sun Jul 03 2022
![Mohd Amar tidak marah dikecam netizen Mohd Amar tidak marah dikecam netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652344635_MohdAmarNikAbdull.jpg)
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak mudah melatah apabila ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kenyataan yang diberikannya terhadap sebarang isu yang mrmbabitkan permasalahan di negeri itu. - Gambar fail BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739413749_FadzliHassan.jpg)
Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan
Persaingan dari bandar di sempadan Thailand antara faktor menyebabkan bandar seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin sepi.
![Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720604544_MohamedFadzliHassa.jpg)
Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah
Kerajaan negeri Kelantan akan mendapatkan maklumat tepat berhubung status tanah sama ada ia milik Kesedar atau sebaliknya.
![Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711499190_FadzliHassan.jpg)
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
![Keputusan petisyen Nik Elin: Kelantan kecewa - Timbalan MB Keputusan petisyen Nik Elin: Kelantan kecewa - Timbalan MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707455712_TBTimbalanMBjpg.jpg)
Keputusan petisyen Nik Elin: Kelantan kecewa - Timbalan MB
Mohamed Fadzil berkata, pihaknya akan memaklumkan dengan segera kepada Sultan Kelantan berhubung keputusan tersebut.
![Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661164374_abdulhalim.jpg)
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat jangkitan paru-paru.
![Mohd Amar tidak marah dikecam netizen Mohd Amar tidak marah dikecam netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652344635_MohdAmarNikAbdull.jpg)
Mohd Amar tidak marah dikecam netizen
Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, ramai orang tidak memahami penjelasan yang dibuatnya mengenai sesuatu isu.
![COVID-19: Timbalan MB Kelantan jalani kuarantin COVID-19: Timbalan MB Kelantan jalani kuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641976940_NikMohdAmarNikA.jpg)
COVID-19: Timbalan MB Kelantan jalani kuarantin
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 dan bergejala.
![Kelantan warta 1,644 hektar kawasan sebagai penempatan dan pertanian Orang Asli Kelantan warta 1,644 hektar kawasan sebagai penempatan dan pertanian Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569455958_NikMohdAmarNikA.jpg)
Kelantan warta 1,644 hektar kawasan sebagai penempatan dan pertanian Orang Asli
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia melibatkan lapan kawasan perkampungan atau pos Orang Asli di Gua Musang dan sebuah di Jeli.
![Selepas Mercedes, Exco Kelantan dapat 'durian runtuh' RM50,000 pula Selepas Mercedes, Exco Kelantan dapat 'durian runtuh' RM50,000 pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569455958_NikMohdAmarNikA.jpg)
Selepas Mercedes, Exco Kelantan dapat 'durian runtuh' RM50,000 pula
Sebanyak 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan dan tiga ahli ex-officionya menerima pemberian khas sebanyak RM50,000 seorang, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
![Royalti petroleum Kelantan dibayar sekiranya ada keputusan dibuat - Amiruddin Royalti petroleum Kelantan dibayar sekiranya ada keputusan dibuat - Amiruddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540905385_amiruddinhamzah.jpg)
Royalti petroleum Kelantan dibayar sekiranya ada keputusan dibuat - Amiruddin
Kementerian Kewangan akan melaksanakan pembayaran sekiranya ada keputusan tertentu yang dibuat oleh kerajaan dan juga Kabinet berhubung pembayaran tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan.