Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan atlet tenpin boling, Muhammad Rafiq Ismail dilihat sebagai pilihan popular untuk meraih Anugerah Atlet terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2018 yang akan berlangsung di sini hari ini (Rabu).
Edisi majlis anugerah kali ini sedikit berbeza kerana ia diadakan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan SAM, yang telah ditubuhkan pada tahun 1969.
Presiden SAM Jasni Shafie berkata penganjuran acara tahun ini lebih banyak cabarannya kerana ia sempena sambutan ulang tahun 50 tahun SAM dan persatuan ini mahu terus menjadi badan bebas yang dihormati dan disegani.
"Kerana itu, seluruh warga SAM dan ahli-ahli amat terharu apabila Anugerah SAM-100PLUS kali ini bakal menyaksikan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Baginda adalah peminat sukan utama negara dan ia amat bermakna sekali kepada wartawan sukan dan atlet yang akan menerima anugerah mereka pada malam tersebut," katanya.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan untuk berangkat hadir ke majlis itu.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga dijadualkan hadir pada majlis berkenaan.
Pelumba berusia 31 tahun dari Dungun, Terengganu, yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu dilihat memburu anugerah itu buat kali ketiga selepas memenanginya pada 2009 dan 2017.
Pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Mohd Azizulhasni meraih pingat emas melalui acara pecut individu lelaki serta satu pingat perak dan gangsa masing-masing dalam acara pecut berpasukan dan keirin.
Beliau turut meraih pingat emas pada Kejohanan Trek Grand Prix Asia Tenggara 2018 di Velodrom Nasional, Nilai pada Oktober tahun lepas.
Sementara Muhammad Rafiq turut melakar kejayaan cemerlang sepanjang tahun lepas dengan memperoleh pingat emas dalam acara perseorangan Kejohanan Boling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong dan sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama mencapai kejayaan itu dalam tempoh 39 tahun.
Sebelum itu, atlet muda berusia 22 tahun itu juga beraksi cemerlang pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan meraih satu pingat emas dan satu pingat perak masing-masing menerusi acara Masters dan Trio Lelaki, yang mana beliau bergandingan dengan Ahmad Muaz Mohd Fishol dan Timmy Tan.
Persaingan bagi Anugerah Atlet Terbaik untuk Majlis Anugerah SAM-100Plus 2018 kali ini turut menyaksikan persaingan sengit juara-juara dunia dalam kalangan atlet kebangsaan yang lain, turut mengintai peluang ialah gandingan ratu terjun negara Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg; Amy Kwan Dict Weng (gimrama); dan Mohamad Hazim Amzad (silat).
Sementara itu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, yang dinobat sebagai Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018, dilihat sebagai pesaing terkuat untuk Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik, yang turut menyenaraikan dua lagi jaguh sukan olahraga para negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta Bonnie Bunyau Gustin daripada sukan powerlifting.
Mohamad Ridzuan, jaguh pecut para negara melakar kejayaan membanggakan pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta tahun lepas dengan menyumbang tiga pingat emas selain memperbaharui rekod dunia dan juga Asia.
Pemenang untuk kedua-dua anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan sebuah trofi.
SENARAI ATLET TERBAIK SAM:
1995 - Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1996 - Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1997 - Nurul Huda Baharin (menembak)
1998 - Lim Keng Liat (renang)
1999-2001 - Tiada Anugerah
2002 - Lim Keng Liat (renang) dan S.Premila (karate-do)
2003 - Lim Keng Liat (renang)
2004 - Bryan Nickson Lomas (terjun)
2005 - Nicol Ann David (skuasy)
2006 - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)
2007 - Wong Mew Choo (badminton)
2008 - Lee Chong Wei (badminton)
2009 - Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)
2010 - Pandelela Rinong (terjun)
2011 - Nur Suryani Taibi (menembak)
2012 - Pandelela Rinong Pamg (terjun)
2013 - Sazali Samad (bina badan)
2014 - Nicol Ann David (skuasy)
2015 - Pandelela Rinong Pamg (terjun)
2016 - Lee Chong Wei (badminton)
2017 - Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)
ATLET PARALIMPIK TERBAIK SAM:
2016 - Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2017 - Muhammad Ziyad Zolkefli (olahraga)
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2019

Azizulhasni adalah antara atlet yang tersenarai dalam majlis anugerah kali ini. - Gambar fail

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.

Mohd Azizulhasni pilihan popular Anugerah SAM-100PLUS 2018
Penganjuran acara tahun ini lebih banyak cabarannya kerana ia sempena sambutan ulang tahun 50 tahun SAM.