KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Hassan Marican akan diisytihar sebagai Canselor keempat Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 10 Jan ini, yang juga hari pertama majlis konvokesyen ke-21 universiti itu.
Majlis konvokesyen UTP akan berlangsung dari 10 hingga 14 Jan melibatkan 10 sesi.
UTP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mohd Hassan sebagai Canselor UTP bagai sirih pulang ke gagang kerana idea penubuhan universiti itu telah dicetuskan, dikonsepkan dan direalisasikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS.
"Genap 25 tahun lepas pada tarikh 10 Jan 1997, beliau telah menerima surat pelawaan daripada Kerajaan untuk menubuhkan UTP.
"Beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah universiti yang pertama dan sememangnya banyak terlibat dalam penubuhan serta pembangunan kampus UTP. Beliau juga adalah Pro Canselor UTP dari 2003 hingga 2010," menurut kenyataan itu.
Mohd Hassan juga akan melancarkan sambutan Ulang Tahun ke-25 UTP yang jatuh pada 10 Jan iaitu hari pertama konvokesyen.
"UTP akan menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti sepanjang tahun untuk kakitangan, penuntut dan komuniti universiti bagi memperingati jubli perak universiti," menurut kenyataan itu.
Sejumlah 1,604 penuntut akan bergelar graduan dengan 1,366 menerima ijazah sarjana muda, 161 dianugerah ijazah sarjana dan 77 memperoleh ijazah doktor falsafah.
Majlis itu akan diadakan secara fizikal dengan pematuhan ketat semua prosedur operasi standard yang mengutamakan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan serta penjarakan fizikal.
Pengerusi PETRONAS Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakke Salleh serta dua Pro Canselor UTP iaitu Datuk Tengku Muhammad Taufik dan Tan Sri Zaharah Ibrahim akan menyerikan majlis konvokesyen itu selain Lembaga Pengarah UTP serta Naib Canselor semasa dan yang terdahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Pelantikan Mohd Hassan sebagai Canselor UTP bagai sirih pulang ke gagang kerana idea penubuhan universiti itu telah dicetuskan, dikonsepkan dan direalisasikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Petronas. - Gambar fail
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.
JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez!
Pemain berusia 25 tahun itu pernah beraksi bersama kelab Real Zaragoza, Espanyol, Villarreal, Marseille dan juga Liga Saudi Pro, Al-Nassr.
DeepSeek vs ChatGPT: Revolusi AI yang Menggegar Dunia!
Dunia kini heboh dengan pengenalan DeepSeek, model AI yang lebih mampu milik dan menyaingi ChatGPT dalam keupayaan canggih. DeepSeek, dibangunkan oleh startup AI dari China, cemerlang dalam tugas teknikal seperti penaakulan logik, pengkodan, dan matematik, serta dipuji kerana kelajuan dan ketepatannya. Sebagai model sumber terbuka dengan reka bentuk Mixture of Experts, ia efisien dan mudah diakses. Sebaliknya, ChatGPT, dibangunkan oleh OpenAI, terkenal dengan pengalaman mesra pengguna dan kepelbagaian dalam penceritaan kreatif, pengetahuan umum, dan tugas perbualan. Walaupun DeepSeek unggul dalam senario teknikal, ChatGPT menawarkan pengalaman pengguna yang luas dan terperinci yang sesuai untuk pelbagai audiens.
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk tingkatkan hasil negara
Jawatankuasa Penasihat itu juga akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan subsidi.
Mohd Hassan Marican diisytihar Canselor keempat UTP
Idea penubuhan UTP dicetuskan dan direalisasikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden Petronas.
Mohd Hassan Marican akan diisytihar Canselor keempat UTP
Tan Sri Mohd Hassan Marican akan diisytihar sebagai Canselor keempat Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 10 Jan ini, yang juga hari pertama majlis konvokesyen ke-21 universiti itu.
Hassan Marican letak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah
Tan Sri Mohd Hassan Marican meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd untuk menumpukan perhatian kepada penglibatan lain.
Majlis Penasihat Kerajaan sedia laksana tugas
Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraan berpanjangan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur.