Pegawai perubatan psikiatri dari sebuah hospital kerajaan, Mohd. Hazreen Abdul Rashid diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan 11 peserta lain dalam pertandingan akhir Famelab Malaysia 2019 peringkat kebangsaan di ibu negara pada Jumaat.
Kemenangan Mohd. Hazreen, 32, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 selain berpeluang mewakili negara dalam pertandingan Famelab Antarabangsa pada 5 dan 6 Jun depan di Festival Sains Chelthenham di United Kingdom.
“Saya memilih topik pengulangan ketagihan dadah kerana banyak tuduhan dan kecaman yang diterima oleh golongan ini kerana kembali menagih selepas pulih bertahun-tahun.
“Mereka dikatakan jahat dan lemah iman, tetapi masyarakat perlu tahu ia sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor.
“Servis pemulihan dadah adalah salah satunya. Ketagihan dadah ini berlainan mengikut jenis, jadi rawatannya juga berlainan,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik; Pengarah British Council, Sarah Deverall; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman.
Dalam pada itu, Dr. Mohd. Yusoff berkata, beliau berharap agar Malaysia mampu mencipta kemenangan hatrik pada pertandingan peringkat antarabangsa selepas dua pencapaian terdahulu oleh Pensyarah Genetik di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains Universiti Sunway dan Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia, Dr. Siti Khayriyyah Mohd. Hanafiah.
“Kualiti peserta Famelab pada tahun ini adalah sangat baik sebab latihan telah diberikan di peringkat permulaan oleh pakar daripada British Council.
“Semua peserta walaupun tidak masuk ke peringkat akhir mendapat latihan untuk memperbaiki cara persembahan dan cara untuk berkomunikasi dengan mudah,” katanya.
Famelab merupakan sebuah pertandingan sains komunikasi yang memerlukan peserta membuat persembahan berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam masa tiga minit.
Pertandingan ini berjaya menarik minat seramai 63 pemohon dan seramai 12 orang tersenarai sebagai peserta akhir menerusi tiga tapisan di peringkat negeri yang berlangsung pada Februari hingga Mac lalu.
Famelab dianjurkan oleh MIGHT bersama British Councils serta mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan pusat penyelidikan profesional, Euraxess.
Persembahan diadili berdasarkan tiga kriteria utama iaitu kandungan, kejelasan dan karisma.
Panel hakim terdiri daripada ahli akademik dan personaliti media termasuk Ketua Bahagian Pembangunan Pelajar Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Zaid Omar, Pakar Perunding Kajian Masa Hadapan merangkap penulis, pengarang buku fiksyen serta pakar komunikasi strategik, Dr. Liz Alexander, Pegawai Kanan Pentadbiran (Penyelidikan dan Pengetahuan), University of Nottingham, Prof Deborah Hall dan Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.
Sahlizah Mohamed
Fri Apr 26 2019

Mohd. Hazreen Abdul Rashid diangkat sebagai juara dalam pertandingan akhir Famelab Malaysia 2019 peringkat kebangsaan di ibu negara pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Tarif AS yang tinggi sukarkan pelaburan - Jepun
Hampir 90% syarikat Jepun menjangkakan dasar Trump akan menjejaskan perniagaan.
Saham Asia meningkat, penangguhan tarif naikkan sentimen
Pada Rabu, White House berkata Trump akan mengecualikan pembuat kereta daripada tarif 25% ke atas Kanada dan Mexico selama sebulan, selagi mereka mematuhi peraturan perdagangan bebas sedia ada.
E-dagang: Wanita b40 masih hadapi cabaran, perlu sokongan berterusan
Statistik menunjukkan wanita daripada kumpulan tersebut masih menghadapi cabaran besar dalam memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam ekonomi digital.

Pemandu komuter mengaku tidak bersalah rompak wanita guna pisau
Seorang pemandu komuter mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak dengan bersenjatakan pisau di sebuah perpustakaan desa.
RUU CCUS: Beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
SJKP: 76,664 permohonan diluluskan bernilai RM17.86 bilion
Daripada jumlah itu, sebanyak 68,594 permohonan adalah daripada kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah.
Pengairan & saliran: RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem seluruh negara
Mohamad Sabu berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM14.8 juta disalurkan khusus ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Agromakanan: KPKM rangka program baharu lonjak pengkomersialan produk
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan kegagalan antara fasa prapengkomersial dan pengkomersialan, selain meningkatkan tahap kesediaan produk hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menembusi pasaran.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Persekitaran kadar faedah yang stabil menyokong ekonomi untuk berkembang dengan memberikan perniagaan dan pengguna kepastian yang lebih dalam merancang kewangan dan mengakses kredit.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.

British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.

Mohd Hazreen ungguli Famelab 2019 peringkat kebangsaan
Mohd. Hazreen Abdul Rashid diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan 11 peserta lain dalam pertandingan akhir Famelab Malaysia 2019 peringkat kebangsaan di ibu negara pada Jumaat.