KUALA TERENGGANU: Pemenang tempat pertama Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Terengganu 2024 kategori individu lelaki, Mohd Khairul Ridzuan Muhammad berazam untuk membantu lebih banyak golongan mualaf mendapatkan khidmat buang tatu secara percuma.
Mohd Khairul Ridzuan, 34, berkata, beliau memulakan inisiatif itu pada 2017 dengan bantuan majikannya yang memiliki rangkaian pusat kesihatan dan kecantikan di beberapa negeri.
"Kempen ini saya dah buat sejak 2017. Tujuannya untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
"Setakat ini hampir 100 mualaf dah dapatkan perkhidmatan ini secara percuma. Saya akan teruskan program ini untuk membantu lebih ramai saudara baharu. Proses buang tatu ini dijalankan oleh ahli profesional menggunakan laser. Ia tidak bahaya..bergantung kepada keadaan dan jenis tatu," katanya ketika ditemui pada Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Terengganu 2024 di Payang Walk, di sini, malam tadi.
Anugerah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohammad.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.
Mohd Khairul Ridzuan membawa pulang hadiah piala pusingan, sijil penganugerahan dan wang tunai RM3,000.
Johan kategori individu wanita, Che Wan Artika Putri Che Wan Rashid, 26, pula berkata, anugerah berkenaan akan menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus menabur bakti dalam bidang kesukarelawan.
Menurut beliau, sepanjang lapan tahun pembabitan, pelbagai misi kesukarelawan di dalam dan luar negara telah disertai bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Saya baru sahaja pulang dari Narathiwat untuk misi penghantaran bantuan makanan dan barangan keperluan kepada golongan miskin.
"Sebahagian dana adalah daripada syarikat saya sendiri dan ada juga daripada sumbangan pihak lain. Insya-Allah program bantuan ini akan dilaksanakan secara berterusan ke tempat lain yang memerlukan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Belia Negeri Terengganu.
Che Wan Atika juga membawa pulang piala pusingan, sijil penganugerahan dan wang tunai RM3,000.
Satu lagi kategori dipertandingkan iaitu Pertubuhan Belia dimenangi oleh Kelab Belia Kampung Gunung yang membawa pulang piala pusingan, sijil penganugerahan dan wang tunai RM10,000. - BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Pemenang tempat pertama Anugerah Perdana Belia Negara Terengganu (Kategori Individu Lelaki dan Wanita), Mohd Khairul Ridzuan Muhammad (kiri) dan Che Wan Atika Putri Che Wan Rashid bersama trofi yang dimenangi mereka. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.