KUALA LUMPUR:Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), mengumumkan pelantikan Mohd Muzzammil Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.
Yayasan itu dalam satu kenyataan menyatakan pelantikan Mohd. Muzzammil, 31, akan meneruskan kesinambungan usaha agensi itu, meningkatkan bakat golongan bumiputera dalam bidang ekonomi berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata beliau yakin Muzzammil akan dapat menjalankan tugas dengan baik bersama tenaga kerja yayasan tersebut.
"Pengalaman bekerja dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi pada masalalu, akan dimanfaat untuk beliau memimpin Yayasan Peneraju mencapai matlamat melahirkan lebih ramai guna tenaga seperti di negara maju, daripada berintensifkan buruh kepada ekonomi bernilai tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Muzammil sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Felo Akademik di Universiti Utara Malaysia, pegawai penyelidik di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya, termasuk berkhidmat di beberapa firma juruukur dan perancang bandar seperti Think-City Geografia dan BLT Architect.
Beliau turut terlibat dalam penerbitan lima buah buku akademik, empat jurnal artikel dan lain-lainartikel di majalah selain pernah menjadi penulis ruangan kolum di akhbar Sinar Harian, Kosmo, Utusan, The Star dan Berita Harian berkenaan pendidikan, perancangan bandar, pengurusan bencana dan politik.
Mohd. Muzzammil memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah Universiti Sains Malaysia, Sarjana Perancang Hartanah Heriot-Watt University, United Kingdom dan kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) Geografi di Durham University, United Kingdom.
Berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Peneraju telah merealisasikan aspirasi lebih dari 33,000 penerima faedah seluruh Malaysia melalui 261 program pembiayaannya dengan agihan peruntukan sebanyak RM716 juta dalam tempoh lapan tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
![Mohd Muzammil Ketua Pegawai Eksekutif baharu Yayasan Peneraju Mohd Muzammil Ketua Pegawai Eksekutif baharu Yayasan Peneraju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603982560_MohdMuzammil.jpg)
Pelantikan Mohd. Muzzammil, 31, akan meneruskan kesinambungan usaha agensi itu. -Foto [email protected]
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594602623_UKBigBen.jpg)
London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan
United Kingdom sedang mempersiapkan tindakan balas sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif ke atas produk-produk Britain.
![Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738579121_DonaldTrump.jpg)
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
![Lebih 200 syarikat di UK beralih kerja 4 hari seminggu Lebih 200 syarikat di UK beralih kerja 4 hari seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738014672_DayWeekFoundatio.jpg)
Lebih 200 syarikat di UK beralih kerja 4 hari seminggu
Ia meliputi pelbagai sektor termasuk agensi pemasaran, firma IT dan perundingan serta badan amal, dengan jumlah pekerja melebihi 5,000 orang.
![Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737267350_TengkuZafrul.jpg)
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
![Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737155188_TBanwar.jpg)
Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.
!['Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas 'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737108218_TBKOKAIN.jpg)
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
![Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737112956_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
![PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737110755_TBLSE.jpg)
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
![Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013126_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
![CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736976312_AnwarIbrahim.jpg)
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.