SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berangkat ke Arab Saudi tengah malam tadi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan haji.
Mohd Na'im yang diiringi Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Rashid Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Md Ramzi Ishak, akan berada di sana sehingga 20 Jun ini.
Mohd Na'im berkata fokus lawatan kerja kali ini adalah untuk melihat sendiri operasi masyair (kemuncak ibadat haji yang bermula di Arafah, Muzdalifah dan Mina) yang dilaksanakan TH serta menyantuni jemaah haji negara.
Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) juga menerima jemputan dari kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri 'Grand Hajj Symposium' pada Isnin depan di Makkah Chamber, dihadiri menteri yang terlibat dengan urusan haji di negara masing-masing.
"Melalui simposium yang dianjurkan ini, diharap kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi terutamanya TH, JAWHAR serta Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi diperkukuhkan.
"Dalam simposium itu akan ada perbincangan, mesyuarat dengan jemaah haji bersama menteri-menteri agama dan haji untuk melihat persediaan yang dijalankan oleh pihak haji dan umrah dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam menguruskan jemaah haji dari seluruh dunia," katanya kepada media ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.
Mohd Na'im bersama 283 jemaah haji menaiki penerbangan KT097 yang berlepas pada 12.45 tengah malam tadi.
Beliau dijangka menginap di Abraj Al-Janadriyah yang juga Ibu Pejabat TH di Makkah, bagi memudahkan bertanya khabar dan memantau kebajikan jemaah haji.
Mohd Na'im berkata setakat ini 93 peratus atau 29,483 jemaah haji Malaysia telah berada di Tanah Suci.
Baki tujuh peratus atau 2,117 jemaah dijangka sampai di Arab Saudi Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Mohd Na'im (tengah) menyantuni bakal-bakal jemaah haji sebelum berlepas untuk menunaikan haji di KLIA (Terminal 1). - Foto BERNAMA
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Masyarakat diingat berhati-hati keluar perkataan boleh bangkit kemarahan antara kaum
Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak mengeluarkan perkataan atau perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan antara kaum.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im
Permohonan dibuka sehingga 28 Feb, sekali gus memberikan peluang kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.

Titah Sultan Selangor berhubung usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na'im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan.

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.

Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.