KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, beliau menjelaskan keputusan dibuat sebagai mentaati keputusan UMNO yang telah menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohd Razlan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga kerja LTAT yang selama ini telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya.
Ujarnya, UMNO sebagai parti yang menjunjung Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan keutamaan kepada rakyat tidak akan mensia-siakan nasib rakyat yang terabai.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan untuk meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad.
BACA: Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli
BACA: Khaled sahkan letak jawatan Pengerusi Boustead esok
Pada Rabu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah megumumkan peletakan jawatannya bagi menyatakan sokongan kepada keputusan parti.
Shamsul turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin yang memberi peluang kepada dirinya berkhidmat sebelum ini.
Terdahulu, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti, dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah tidak berbangkit.
Beliau juga memaklumkan telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
Astro Awani
Thu Aug 05 2021

Mohd Razlan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan warga kerja LTAT. - Foto BERNAMA

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Young Syefura minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Kesepakatan Petronas-Petros perkukuh industri minyak dan gas negara
Kebanyakan mereka menyifatkan langkah itu mampu memperkukuhkan lagi sektor industri minyak dan gas negara.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Parlimen: Baki 19 pesawat Airbus A330neo diterima mulai bulan ini
Baki 19 lagi pesawat Airbus A330neo yang dibeli syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG), dijangka mula diterima bulan ini hingga 2026.