KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Beliau berkata menjelang tarikh tutup pada penghujung Jun ini, pihaknya menjangkakan kira-kira 10 lagi atlet akan layak ke edisi ke-33 Olimpik yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Antara yang kita jangkakan adalah daripada sukan memanah bagi acara individu dan berpasukan yang bakal bertanding pada kejohanan kelayakan terakhir di Antalya, Turkiye bermula 14 hingga 17 Jun.
"Kita juga ada pengagihan semula kuota yang tidak digunakan dalam sukan terjun, dan 'universality places' atau lebih dikenali sebagai 'wildcard' bagi sukan renang dan olahraga. Jadi kita jangkakan kontinjen mungkin sekitar 28 orang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Eksekutif ke-209 MOM di sini hari ini.
Menurut kriteria yang ditetapkan oleh badan Memanah Dunia ( World Archery), sebanyak tiga slot acara berpasukan (9 atlet) dan dua slot bagi acara individu bakal menjadi rebutan bagi negara yang belum layak ke Olimpik ketika kejohanan di Antalya itu.
Selain itu, turut ditawarkan kelayakan bagi dua pasukan ranking tertinggi dunia pada 24 Jun, manakala dua tiket wildcard bagi acara individu turut akan ditentukan pada tarikh sama.
Lapan atlet terbaharu yang mengesahkan slot ke temasya berprestij itu adalah daripada kem badminton negara iaitu pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita), Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita), selepas ranking kelayakan ditutup semalam.
Namun, pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dijangka hanya diperolehi esok.
Atlet lain yang akan membawa cabaran negara di Olimpik kali ialah atlet berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang akan beraksi dalam acara keirin dan pecut, serta Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya).
Mereka diiringi oleh Khairulnizam Mohd Afendy, Nur Shazrin Mohd Latif (kedua-duanya pelayaran), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), dan Bertrand Rhodict Lises (terjun).
Sementara itu, Mohamad Norza berkata Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menangguhkan forum Solidariti Olimpik bagi Jawatankuasa Olimpik zon Asia Timur dan Tenggara di Kuala Lumpur dari awal Mei ke tarikh baharu, 1-2 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
![MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
Mohamad Norza berkata menjelang tarikh tutup pada penghujung Jun ini, pihaknya menjangkakan kira-kira 10 lagi atlet akan layak ke edisi ke-33 Olimpik. - Foto Bernama
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
![Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
![Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
![Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735596691_MohamadFaithalHass.jpg)
Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.
![Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024 Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733952748_ZahidHamidi.jpg)
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
![Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730619659_tbOlimpianwanita.jpg)
Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
![Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
![Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
![Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721510700_TBParis.jpg)
Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.
![Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721300588_SkuadBerbasikalTre.jpg)
Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024 Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719564707_GohJinWei.jpg)
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
![LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719476786_HannahYeoh.jpg)
LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.