KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2021-2025 hari ini memutuskan untuk menempatkan semula ibu pejabatnya ke lokasi yang lebih mudah diakses dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ibu pejabat baharu itu dirancang untuk menjadi sebuah hab sukan lengkap dengan ruang pejabat dan kemudahan latihan prestasi tinggi untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan dalam majlis itu.
"Kami akan memindahkan ibu pejabat kami ke lokasi yang lebih mudah dikunjungi atau diakses oleh pihak berkepentingan," katanya dalam satu sidang media selepas kunjungan rasmi Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Wisma OCM, di sini pada Selasa.
Wisma OCM setinggi sembilan tingkat yang dibina pada 1991 di Jalan Hang Jebat di sini, menempatkan pejabat MOM dan beberapa persatuan sukan, selain daripada memiliki beberapa kemudahan dewan dan Hotel Olimpik yang diuruskan pihak ketiga.
Sementara itu, Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib semasa menerangkan rancangan itu berkata pihak lembaga bersetuju dengan keputusan Mohamad Norza untuk menempatkan semula ibu pejabat majlis itu, kemungkinan ke kawasan Putrajaya atau Bukit Jalil.
Ditanya mengenai rasional perpindahan ke lokasi lebih jauh dari tengah bandar raya, yang lebih dekat dengan pejabat kebanyakan persatuan sukan kebangsaan (NSA), Mohd Nazifuddin berkata MOM sedang mencari kawasan yang tidak sesak dan dilengkapi semua kemudahan di bawah satu bumbung.
"Ideanya adalah menjual bangunan ini dan keuntungannya akan digunakan membina kemudahan baharu ini , saya hanya boleh berkongsi setakat ini. Kawasan ini akan ada bangunan pencakar langit Merdeka 118 dan beralih ke arah menjadi sebuah daerah kewangan, sementara di Putrajaya lebih banyak kemudahan sukan dan hab sukan bakal dibina di sana.
Kami mencari sebuah bangunan baharu kerana bangunan ini juga sudah lama, kos menaik taraf dan mengurus bangunan ini menelan belanja setengah juta ringgit setahun, sangat mahal bagi MOM. Jadi, kami sedang mencari sebuah bangunan yang cukup besar untuk menampung semua 56 ahli gabungan di bawah MOM dan kami akan menyediakan ruang kerja dan kemudahan bersama untuk mereka," katanya.
Beliau juga mendedahkan Timbalan Presiden MOM Datuk Hamidin Mohd Amin yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran, Penajaan dan Penempatan Semula yang baharu untuk mengendalikan hal penempatan semula itu.
Sebelum ini, FAM dilaporkan akan berpindah dari Wisma FAM di Kelana Jaya ke Bandar Bola Sepak di Putrajaya menjelang 2023, yang juga dirancang untuk menempatkan pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Sementara itu, Mohamad Norza berkata lembaga pengarah juga bersetuju untuk berusaha mendapatkan skim pencen untuk atlet, pemodenan pengurusan MOM dan NSA dan meneroka penganjuran temasya sukan bersama negara jiran.
Beliau juga mengumumkan pengerusi Jawatankuasa Tetap MOM dan chef de mission (CDM) untuk temasya sukan akan datang.
Pembantu Setiausaha Agung MOM Moira Tan akan mengetuai kontinjen negara bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 sementara Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Presiden Persekutuan Wushu Malaysia Datuk Chong Kim Fatt masing-masing dilantik selaku CDM untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia, tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap MOM:
Pemilihan: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria
Temasya Sukan MOM: Datuk Shahrul Zaman Yahya
Wanita dan Sukan: Datuk Mumtaz Jaffar
Kewangan: Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin
Perancangan Strategik: Datuk Mohd Nasir Ali
Akademi Olimpik Kebangsaan: Nicholas Chan
Chef de Mission:
Sukan Olimpik Musim Sejuk (Feb 2022): Moira Tan
Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia (Mac 2022): Datuk Megat Zulkarnain Omardin
Sukan Komanwel (Julai - Ogos 2022): Datuk Shahrul Zaman Yahya
Sukan Solidariti Islam (Ogos 2022): Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin
Sukan Asia (Sept 2022): Datuk Chong Kim Fatt
Sukan Remaja Asia (Dis 2022): Datuk Mumtaz Jaffar
Sukan SEA (Akan Disahkan): Datuk Nur Azmi Ahmad (menggantikan Hamidin)
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ibu pejabat baharu itu dirancang untuk menjadi sebuah hab sukan lengkap dengan ruang pejabat dan kemudahan latihan prestasi tinggi. - Foto BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Sukan SEA 2025: Penganjur tambah jumlah acara di luar jangkaan - MOM
Sukan SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Dis di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.

MOM harap pindah ke bangunan baharu menjelang Sukan SEA 2027 - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap dapat beroperasi dari bangunan baharu dikenali sebagai Olympic House Malaysia, menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan Malaysia.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.

Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan
Mohd Nazifuddin berkata langkah yang dibuat tuan rumah itu tidak dapat dielakkan selepas Victoria, Australia menarik diri tahun lepas.

MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.

MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Kem badminton tahu apa yang diharapkan di Paris - Rexy
Kem badminton negara tahu apa yang diharapkan oleh pemegang taruh dan rakyat pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, iaitu kilauan pingat emas.

Sukan SEA 2027: MOM percaya KBS segera ambil langkah wajar pendirian Sarawak
Langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.