KUALA LUMPUR: Sungguh mengecewakan buat pemain badminton nombor dua dunia, Kento Momota.
Selepas muncul Naib Juara Terbuka Malaysia 2022 Ahad lepas, perjalanan Momota dalam Masters Malaysia 2022 menjadi singkat selepas tewas pada perlawanan pusingan kedua di Arena Axiata di sini semalam.
Sokongan bersemangat daripada peminat juga gagal membantu di gelanggang kerana beliau memang tidak berada dalam keadaan yang terbaik, ditundukkan rakan senegara, Kenta Tsuneyama 15-21, 16-21.
"Ia adalah satu perlawanan sukar menentang Tsuneyama, saya telah mencuba yang terbaik tetapi pada akhirnya saya tidak boleh mengakhirinya dengan baik," kata beliau kepada wartawan selepas perlawanan.
Bintang Jepun itu yang ditewaskan oleh pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark dalam final Terbuka Malaysia 2022, 4-21, 7-21 berkata keletihan merupakan antara faktor utama beliau kurang menyerlah di Malaysia Masters 2022.
Bahkan, Momota berkata bahawa beliau sudah kehilangan tenaga untuk bermain dalam kejohanan secara berturut-turut atau 10 perlawanan berturut-turut dalam tempoh yang singkat.
"Sebelum ini saya boleh bermain dua kejohanan berturut-turut dan memenanginya tetapi kini saya sudah tidak berdaya," katanya.
Bukan itu sahaja, pemain berusia 27 tahun itu masih tidak dapat meletakkan sasaran untuk Kejohanan Badminton Dunia 2022 yang akan berlangsung di negaranya dari 21 hingga 28 Ogos berikutan keadaannya sekarang.
Bagaimanapun, juara dunia dua kali itu berharap untuk mendapatkan rehat dan mencari jalan meningkatkan stamina menjelang Kejohanan Badminton Dunia, bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Momota tewas pada perlawanan pusingan kedua selepas ditundukkan rakan senegara, Kenta Tsuneyama, di Arena Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 7 Julai 2022. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.

Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.

Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.

'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'
Kehadiran pemain muda tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun ini untuk berbakti kepada bumi Jepun.

Momota kurang cergas, tersingkir awal daripada saingan Masters Malaysia
Perjalanan Momota dalam Masters Malaysia 2022 menjadi singkat selepas tewas pada perlawanan pusingan kedua.

Badminton Terbuka Malaysia: Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen mudah menewaskan pemain Jepun, Kento Momota, pada final perseorangan lelaki.

Axelsen, Momota melangkah ke akhir Terbuka Malaysia
Final Terbuka Malaysia 2022 akan memperlihatkan pertembungan dua pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dan Kento Momota (Jepun) di Arena Axiata pada Ahad.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Piala Thomas: Malaysia satu pasukan kuat - Momota
Pemain nombor dua dunia Kento Momota memuji Malaysia sebagai antara pasukan yang terkuat pada Piala Thomas 2022.

All England: Zii Jia tewaskan Momota, mara ke separuh akhir
Juara bertahan, Lee Zii Jia meneruskan prestasi cemerlangnya di kejuaraan All England selepas menewaskan cabaran dari Jepun, Kento Momota.