IPOH: Cuti bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, dibekukan sejak minggu lepas menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ia bagi membolehkan petugas terlibat di dua jabatan itu, memberi tumpuan 100 peratus kepada sebarang risiko di kawasan sungai, jalan raya utama serta lereng bukit, sekiranya berlaku bencana.
Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa sehingga ke penghujung tahun ini, sementara menunggu tamatnya musim MTL.
"Tidak ada mana-mana kakitangan mereka (JKR dan JPS) diberi cuti (bagi petugas) yang terlibat di mana-mana sungai, benteng dan lereng bukit ini, mereka kena beri perhatian.
"Ia bermakna dari segi pemantauan itu kalau biasanya sebulan sekali, tetapi monsun ini mereka pantau tiga ke empat kali sebulan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana pihaknya memantau paras air sungai di negeri ini menjelang musim MTL, yang dijangka bermula November memandangkan sudah terdapat kejadian banjir baru-baru ini.
Selain tindakan itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya telah memberitahu pegawai daerah supaya melaporkan kepada JPS, sekiranya terdapat maklumat berkenaan lereng bukit ataupun ban yang hampir pecah akibat hujan lebat, supaya tindakan dapat diambil secepat mungkin.
"Mana-mana perkara yang di luar dugaan, katakanlah angin kuat, puting beliung, yang itu kita akan ada kumpulan tertentu di bawah pihak pejabat daerah untuk ambil tindakan," katanya.
Mohammad Nizar berkata berdasarkan kepada laporan diterima daripada pihak JPS, terdapat 139 kawasan berisiko yang boleh menyebabkan ban pecah atau banjir jika hujan lebat berterusan.
Pada masa sama, beliau berkata terdapat banyak lereng bukit di antara Gerik ke Jeli, Kelantan ataupun Simpang Pulai ke Blue Valley yang melibatkan benteng, jika terdedah kepada hujan lebat akan menyebabkan berlakunya bencana.
"Kena beri perhatian (jika hujan lebat berterusan) kalau tidak terputus jalan itu," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula November hingga Februari 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Arahan itu berkuat kuasa sehingga ke penghujung tahun ini, sementara menunggu tamatnya musim MTL. - Gambar fail

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.

3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.

Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.

Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.

Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.

Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.