Moody's Investors Service (Moody's) hari ini mengesahkan penarafan deposit mata wang tempatan jangka panjang HSBC Bank Malaysia Bhd pada A1 dan bertindak menyemak semula unjuran penarafan itu kepada negatif daripada stabil.
Dalam satu kenyataan, Moody's berkata perubahan unjuran penarafan HSBC Malaysia itu menyusuli penarafan ke atas induk bank tersebut, The Hongkong and Shanghai Banking Corp Ltd (HSBC HK, Aa2 negatif, a1), pada 17 Disember.
"Perubahan unjuran kepada negatif untuk HSBC HK jelas memaparkan ketegangan sosial di Hong Kong (negatif Aa2) dan peningkatan pertikaian dagangan antara Amerika Syarikat (Aaa stabil) dan China (A1 stabil) yang akan memberi kesan negatif terhadap persekitaran operasi bank tersebut," katanya.
Pada masa sama, Moody's turut mengesahkan penarafan deposit mata wang asing jangka panjang HSBC Malaysia pada A3, penilaian kredit asas (BCA) pada baa1 dan Pelarasan BCA pada a1.
Pengesahan BCA baa1 HSBC Malaysia memaparkan kelebihan daya saing bank tersebut dari segi kewangan perdagangan dan transaksi perbankan selain kekukuhan dalam perbankan runcit - khususnya segmen massa.
"Sebarang peningkatan penarafan kredit itu dijangka tidak berlaku memandangkan penarafan deposit jangka panjang HSBC Malaysia sudah pun di paras menyamai had deposit negara. Bagaimanapun, usaha mengekalkan penambahbaikan dalam kualiti aset bank itu akan memberi tekanan terhadap BCA bank.
"Semakan menurunkan BCA HSBC HK akan membawa kepada penurunan penarafan deposit mata wang tempatan jangka panjang. Penyusutan kualiti aset atau aspek permodalan bank itu akan turut memberi tekanan kepada BCA ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019

Moody's berkata perubahan unjuran penarafan HSBC Malaysia itu menyusuli penarafan ke atas induk bank tersebut, The Hongkong and Shanghai Banking Corp Ltd (HSBC HK, Aa2 negatif, a1), pada 17 Disember. - Reuters

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Ibu pejabat HSBC Malaysia dibuka secara rasmi di TRX
Pembukaan ibu pejabat Malaysia yang baharu itu mengukuhkan komitmen HSBC untuk membuka peluang baharu kepada pelanggan.

NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS
HSBC bertindak bertentangan dengan norma dalam melakukan pemberhentian pekerja serta bertentangan dengan Perjanjian Kolektif yang mengikat HSBC dan NUBE.

RCEP boleh jadi penyelesaian Asia untuk pulih daripada pandemik
Walaupun perdagangan antarabangsa terus menghadapi ketidakpastian, pemeteraian RCEP menekankan keyakinan terhadap keterbukaan pasaran, yang seterusnya akan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Moratorium: HSBC Malaysia umum keuntungan atau faedah bukan kompaun
Ini adalah sebahagian daripada moratorium automatik yang ditawarkan untuk membantu pelanggan yang terjejas oleh wabak COVID-19.

Wang tunai masih lagi 'raja' untuk Asia-Pasifik
Wang tunai masih merupakan kaedah pembayaran utama bagi barangan di kebanyakan negara Asia Pasifik dengan 55 peratus perbelanjaan peribadi dengan tunai dan cek.