KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora tidak menolak kemungkinan beliau akan kehilangan jawatannya selepas Skuad Harimau Selatan itu, tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam saingan final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Mora, 42, berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.
Bagaimanapun, jurulatih dari Mexico itu yang pernah membawa Harimau Selatan memenangi beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia 2019, sejak mengendalikan JDT buat kali kedua pada 2018, mengakui setakat ini hubungannya dengan pihak pengurusan dan pemain adalah sangat baik.
"Mungkin (kehilangan pekerjaan), tetapi saya bukan orang yang buat keputusan itu. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengurusan dan pemain. Saya sentiasa cuba untuk menang, saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan bekerja keras untuk JDT.
"Jika pihak pengurusan atau TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berpendapat itulah penyelesaiannya, mereka akan maklumkan kepada saya, tetapi buat masa ini kami dalam keadaan sukar, kami okey, kami baik dan selepas ini kami akan mengkaji semula keadaan bila tiba masanya," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini, malam tadi.
Pada perlawanan final Piala Malaysia malam tadi, iaitu sempena sambutan ulang tahun ke-100 pertandingan berprestij itu, JDT terpaksa menerima kekalahan 0-2 di tangan KL City FC, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Harimau Selatan itu pada 2019.
Gol KL City FC dijaringkan oleh pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Kapten Paulo Josue (minit ke-74) sekali gus mencipta kegemilangan buat skuad City Boys dan menamatkan penantian selama 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia yang diidam-idamkan selama ini.
Sementara itu, Mora mengakui meskipun mereka adalah pasukan pilihan, pemain JDT tidak terlalu yakin dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan KL City FC, dalam perlawanan penentuan malam tadi.
Menurut beliau, walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pasukannya, namun para pemain telah bermain dengan baik dan beliau melihat kekalahan kepada KL City FC itu dari sudut positif bagi persiapan membina skuad yang lebih mantap pada masa hadapan.
"Tidak, saya tidak fikir mereka (pemain) terlalu yakin. Mereka sangat fokus dan memberi tumpuans serta mempunyai motivasi tinggi dan gol pertama adalah menerusi hantaran silang kerana kita tidak berhati-hati, ini boleh berlaku dan ia adalah situasi individu, tetapi tiada siapa dipersalahkan.
"...jadi kegagalan berlaku untuk kita berjaya. Jika kita tidak kalah, kita tidak merasai perasaan sedih seperti malam ini, mungkin sukar (untuk JDT) untuk berkembang, sukar untuk mengalami evolusi dan sukar untuk melihat bahawa kami perlu melakukan sesuatu untuk terus menguasai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Mora mengakui meskipun mereka adalah pasukan pilihan, pemain JDT tidak terlalu yakin dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan KL City FC, dalam perlawanan penentuan malam tadi. - Gambar fail BERNAMA
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Mora bersedia hadapi akibat, susulan kekalahan JDT di final Piala Malaysia
Mora berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.