Orang ramai dinasihatkan agar membuat perbincangan dengan bank masing-masing berkenaan komitmen pinjaman mereka, bukan sahaja semasa tempoh moratorium berjalan tetapi juga selepas ia berakhir kelak.
Ia penting bagi membolehkan pihak bank memberi bantuan dan kelonggaran sewajarnya menerusi penstrukturan semula pembayaran, yang merupakan usaha industri perbankan dalam pembinaan semula ekonomi negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Affin Bank Berhad, Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, biarpun pihak bank sendiri menanggung beban yang besar susulan pelaksanaan moratorium, mereka bersedia untuk membantu pelanggan yang terjejas.
"Kami terpaksa menanggung kos RM80 juta selepas pelaksanaan moratorium. Ia memang satu beban yang terpaksa ditanggung oleh sektor perbankan.
"Apa yang penting sekarang, pelanggan perlu berbincang dengan pihak bank dan tanya bentuk bantuan yang boleh diberikan. Kita faham, impak COVID-19 ditanggung hampir semua lapisan masyarakat malah ahli lembaga pengarah di Affin Bank sendiri perlu memotong gaji bulanan mereka," kata Wan Razly.
Wan Razly juga menjangkakan akan wujudnya fasa baharu dalam sektor perbankan apabila moratorium tamat pada September ini, namun tetap komited menyokong kesejahteraan kewangan pelanggan.
"Kami di Affin Bank sedang berbincang dengan Bank Negara dan kerajaan, apa yang perlu kita lakukan pada fasa seterusnya nanti. Buat masa ini, kita memberi pilihan kepada pelanggan membuat penstrukturan semula pembayaran, sama ada dari segi jumlah bayaran bulanan atau memanjangkan tempoh pinjaman.
"Dalam masa yang sama kami masih berbincang berkenaan beberapa lagi strategi dan mengadakan dialog dengan kerajaan," ujarnya.
Beliau ditemui pada sidang media pelancaran Pelan Metamorfosis yang dikenali sebagai Affinity in Motion untuk tahun kewangan 2020-2022 (AIM22), pada Isnin.
AIM22 melibatkan beberapa bahagian utama antaranya fokus pulangan ekuiti, menurunkan keseluruhan kos dana dengan merancang semula kunci kira-kira, transformasi digital bagi mengurangkan jurang bank dengan rakan pemain industri dan fokus modal insan dan produktiviti.
Madiha Abdullah
Mon Jul 27 2020
Perbincangan penting bagi membolehkan pihak bank memberi bantuan dan kelonggaran sewajarnya menerusi penstrukturan semula pembayaran. - Reuters
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Hasrat kerajaan Sarawak jadi pemegang saham terbesar Affin Bank cetus sentimen positif - MIDF Research
Peningkatan TP bagi saham Affin Bank itu adalah berdasarkan P/BV bagi tahun kewangan 2024 yang disemak naik sebanyak 0.42 kali.
SIBS 2023: Affin Bank pacu pertumbuhan PKS, bentuk masa depan digital
Strategi Affin Bank ketika ini adalah untuk mempercepatkan transformasi dengan mewujudkan perkongsian dan kerjasama yang kukuh bersama pemegang kepentingan korporat dan PKS utama.
Moratorium: Bank, pelanggan perlu sentiasa berkomunikasi
Ia penting bagi membolehkan pihak bank memberi bantuan dan kelonggaran sewajarnya menerusi penstrukturan semula pembayaran.