KUALA LUMPUR: Institusi perbankan di dalam negara dijangka merasai kesan penuh pemberian moratorium, hanya bermula tahun hadapan.
Ini ekoran para peminjam masih lagi menikmati manfaat pelaksanaan tersebut, menurut Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking, Datuk Khairussaleh Ramli.
Katanya, impak pandemik ke atas peminjam dan pemiutang akan menjadi lebih ketara selepas Disember 2021, setelah tempoh moratorium itu berakhir.
“Impaknya ketika ini belum lagi ada kerana bantuan itu masih diberikan, jadi impaknya akan ketara nanti.
“Walaupun begitu, sebahagian besar daripada peminjam meneruskan untuk membayar balik, termasuk mereka yang menikmati moratorium,” jelas beliau seperti dilaporkan The Malaysian Reserve.
Menjelang tamat tempoh pelaksanaan tersebut, beliau berharap aktiviti ekonomi akan beroperasi semula dan kembali normal.
Jika dibandingkan pelaksanaan moratorium pada tahun ini berbanding tahun 2020, Khairussaleh tidak menafikan kedua-dua bantuan itu berbeza.
Ini berikutan pelaksanaan moratorium yang pertama merupakan pemberian bantuan secara menyeluruh, sementara yang terkini mengikut pilihan serta individu dan perniagaan berkaitan perlu memohonnya.
Disebabkan itu, beliau menjangkakan impak pelaksanaan moratorium kali ini, ke atas bank diramalkan kurang teruk berbanding tahun lalu.
“Bank telah memberi kemudahan dalam menyediakan bantuan, dan sekarang terdapat banyak skim untuk membantu peminjam sementara kami (bank) telah memperuntukkan penyediaan yang lebih awal,” katanya lagi.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Aug 30 2021

Institusi perbankan di dalam negara dijangka merasai kesan penuh pemberian moratorium, hanya bermula tahun hadapan. -Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.

Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon
Jurucakap BNM menjelaskan faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

MEF mahu moratorium diperluaskan kepada kumpulan M40, lebih banyak perniagaan
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan agar skop moratorium di bawah Pemerkasa PLUS diperluaskan kepada kumpulan M40 dan semua jenis perniagaan.

Gabungan NGO gesa lanjut moratorium automatik enam bulan lagi
Dalam perkembangan sama, satu petisyen turut digerakkan di laman www.change.org yang mensasarkan tandangan sebanyak 15,000.

Total lockdown: Ramai di ambang muflis, pengusaha bas harapkan moratorium, bantuan kewangan
Ketika ini ramai yang sedang menanti untuk diisytiharkan muflis disebabkan tidak mampu lagi membayar ansuran bas yang dibeli.

Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas.

Pemerkasa PLUS: Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100
Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.

Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman
Pengguna berhak meminta pihak bank memendekkan tempoh bayaran balik hutang mereka apabila mereka berkemampuan meningkatkan bayaran.

Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor
moratorium bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium menyeluruh kerana ia memberi pilihan kepada peminjam untuk membuat keputusan kewangan sendiri

PKP 2.0: Laksana semula moratorium secara menyeluruh - DPDM
Daniel Wong berkata, kerajaan juga tidak perlu memikirkan tentang kemampuan institusi perbankan kerana perkara itu boleh dilaksanakan.