KUALA LUMPUR: Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas dengan pelaksanaan 'total lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata golongan yang terjejas termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan membabitkan kumpulan B40, M40 dan T20 selain penerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Turut layak memohon adalah usahawan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan PKP 3.0.
Beliau berkata, peminjam yang terjejas boleh memilih pakej bantuan sama ada moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan dengan menghubungi bank masing-masing.
Tengku Zafrul berkata, peminjam kumpulan M40 dan T20 yang berdepan pengurangan pendapatan juga boleh memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman mereka.
"Peminjam yang terjejas boleh menghubungi bank mereka untuk memilih apa (bantuan) yang mereka mahukan dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
"Saya ingin menekankan bahawa bantuan bukan saja dalam bentuk moratorium saja, institusi perbankan juga telah menyediakan pakej khusus untuk peminjam yang terjejas. Institusi perbankan komited untuk memproses pakej ini dengan cara mudah dan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya di sini, hari ini, ketika mengulas lanjut mengenai pemberian moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman.
BACA: Pemerkasa PLUS: Ini 12 fokus utama pengumuman PM Muhyiddin Yassin
BACA: Masih ada peruntukan, program bernilai RM305 bilion bagi 2021 - Tengku Zafrul
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi, mengumumkan semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas kerana kehilangan pekerjaan, selain perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam bulan.
Ia adalah sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) bernilai RM40 bilion.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman kepada peminjam terjejas itu adalah hasil perbincangan membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak bank.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Jun 01 2021

Tengku Zafrul berkata, berkata golongan yang terjejas termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan membabitkan kumpulan B40, M40 dan T20. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pemerkasa PLUS: Malaysia mampu capai 150,000 dos pemberian vaksin sehari
Beliau juga faham dan peka dengan keluhan rakyat yang mengalami kesukaran untuk menghadiri PPV terutamanya warga emas dan mereka yang tinggal jauh.

Pemerkasa PLUS: RM1 bilion peruntukan tambahan untuk KKM
Tambahan peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.