PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) akan menjalinkan kerjasama dengan negara luar bagi mempercepatkan lagi proses pembangunan vaksin negara.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara tersebut akan diperincikan dalam pelan tindakan yang bakal dilancarkan tidak berapa lama lagi.
"Kita akan tingkatkan lagi kemampuan yang kita ada dengan kerjasama atau kolaborasi bersama negara luar.
"Ia bukan hanya untuk vaksin COVID-19 sahaja, tetapi juga membabitkan vaksin-vaksin lain seperti denggi dan sebagainya," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Jelasnya, ia termasuk pembangunan membabitkan teknologi mRNA (messenger asid ribonukleik) dalam penghasilan vaksin.
Selain itu juga pihak MOSTI akan turut melihat keperluan dalam meningkatkan keupayaan modal dan keupayaan kepakaran bagi tujuan tersebut.
"Kesemua itu akan kita perincikan dalam roadmap yang akan MOSTI lancarkan sedikit masa lagi," jelasnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Sep 09 2021
DR ADHAM: Ia bukan hanya untuk vaksin COVID-19 sahaja, tetapi juga membabitkan vaksin-vaksin lain seperti denggi dan sebagainya. -Gambar fail
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
AS mulakan ujian klinikal vaksin influenza universal mRNA
Ujian dimulai dengan pendaftaran sukarelawan di Duke University di Durham, North Carolina.
ALPS, pusat rawatan kanser Sabah bakal jalin kerjasama strategik teknologi mRNA
ALPS menyediakan perkhidmatan teknologi mRNA dan mencipta rekod memberangsangkan dalam bidang perubatan kanser.
Pfizer, BioNTech mohon kebenaran FDA untuk dos penggalak kedua
FDA berkata ia akan menyemak permintaan Pfizer dan BioNTech "secepat mungkin menggunakan pendekatan menyeluruh dan berasaskan sains."
PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Hanya 25 kes miokarditis dikesan selepas terima vaksin - KP Kesihatan
Hanya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 21 hari selepas individu menerima vaksinasi COVID-19.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MOSTI jalin kerjasama negara luar percepat proses pembangunan vaksin - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata perkara tersebut akan diperincikan dalam pelan tindakan yang bakal dilancarkan tidak berapa lama lagi.
Vaksin berasaskan protein keluaran India dapat kelulusan ujian klinikal ke atas manusia
Kelulusan diberi selepas Subject Expert Committee (SEC) meneliti permohonan tersebut dalam satu mesyuarat.
COVID-19: Moderna sedia untuk dapat kelulusan penuh FDA
Menurut syarikat pengeluar vaksin COVID-19 itu, ia melibatkan kelulusan penuh bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas.
Thailand jangka hasilkan vaksin COVID-19 tempatan menjelang akhir tahun
Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.